CUTI NIE…

 

Seminggu laman saya ni kesunyian tanpa post baru. Sibuk mengerjakan ‘Pelancaran Politik Baru’ – akan saya kisahkan dalam post yang akan datang.

***

Tidur saya dikejutkan oleh deringan telefon bernada ‘go..go.. power rangers..’. Tone yang memang saya khaskan untuk Boss saya. Menggagau saya mencari telefon, ntah ke mana pulak saya letakkan, rupanya terjatuh di bawah katil. Apalah yang dia nak pagi2 buta ni… Bila saya jawab panggilan dengar jugaklah sindiran maut Boss – mungkin dia boleh ‘agak’ saya baru je bangun tidur. Sempat jeling jam dinding, patutlah! dah pukul 11.00 pagi…

Azam pagi  ni – dah nak masuk tengah hari pun, nak tolong Kyong, nak tolong Kyong dan nak tolong Kyong… Harapanlah! Lepas sarapan, saya pun gerak ke office. Malas stay di rumah, tak de member nak gelak. Kyong nak gi shopping dengan adieq, Iza dah gi dating (nak tunjuk hp baru kat boyfriend kut), Ros lak gi kerja. Gua tak da pilihan lain, baik ke office dan sattlekan apa yang patut.  

***

Di office jumpa Abg Kurus. Rajin giler mamat ni… mesti nak wat preparation angkut barang dan orang untuk Majlis Pelancaran Politik Baru nanti.

***

Nak cerita jugak, semalam saya ke pejabat siapkan cenderamata untuk Majlis Pelancaran Buku Politik Baru. Part saya adalah potong dan lipat buku cenderamata. Jumaat, malam sabtu lalu saya dah siap memotong separuh dari buku tersebut. Pehh … siap luka2 tangan den... Bakinya saya selesaikan pagi semalam. Mujur ada Bell (practical student baru unit saya), Mai (dulu staff part-time di unit saya, sekarang dan jadi assistant K.Atie) dan Ain (practical student Unit IT) datang untuk tolong lipat buku cenderamata dan packing cenderamata majlis tu.

Alhamdullillah, lebih mengharukan bila K.Senah dan K.Yat pun sudi datang jugak untuk bantu kitorang. Cun lah.. U all memang bestlah. K.Senah siap angkut anak2 dia sekali. So, semuanya siap dalam jam 2.00 petang.

***

Kerana tujuan asal saya minta Ain datang adalah untuk bincangkan pasal laman sesawang. Jadi Ain terpaksalah menunggu hingga petang untuk perbincangan tu… Lepas terang kelemahan laman web syarikat, sambil melihat satu per satu halaman pada laman tersebut. Ain nampaknya lebih jelas dengan keadaan sebenar. Saya harap sangat, Ain dapat bantu kami (saya dan Ridwan) selesaikan hal2 laman web ni. Bukan apa – tak sanggup nak menjawab, bukan beri alasan, berdalih pun bukan – ntah, saya pun tak tau nak cakap cam ne. Kamipun sian gak kat En. Raz dan Boss… 

Dengan berpandukan beberapa laman web syarikat jual buku dan syarikat penerbit buku. Ain mencatatkan banyak benda. Nak dibincangkan pada Abg. Wan katanya. Menurut Ain, laman web ini tidak user friendly dari bahagian form content lagi. Itu yang membawa kepada pelbagai perkara lain kemudiannya. Itulah, semoga Ain dapat bantu dalam hal tu. Bab animasi tu, tinggallah dulu – tumpukan pada yang lebih penting. Since unit saya dah ada editor, takda lah masalah pada content laman web. Biar master yang buat, dia kan lebih tahu…   

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s