GO CHERY-CHERY GO

Akhirnya 12 Januari 2009, pasukan Chery2 mulakan sesi latihan pertama. Kali ni saya telah mengatur latihan dua bulan lebih awal untuk sertai Kanival Sukan MESCA. Seperti tahun lepas, tahun ini ITNM akan tetap menghantar wakil untuk beberapa acara sukan yang dipertandingkan. Cuma harapan kita tahun ini, mahu tarik staf untuk bermain – tak perlulah kami import player luar lagi…

Sesi latihan pertama agak mengecewakan – maklumlah banyak otai2 yang tak turun. Tak turun tu, ada banyak reason – ada yang mengandung (tak dapat lah join sekaki), ada yang kena settlekan kerja urgent, ada yang boy friend tak kasi, ada yang husband tak bagi, yang anak tak bagi pun ada. Terpaksalah saya tubuhkan gerakan memujuk. Harap latihan kedua esok, ramai yang akan turun…

Macamnapun kira puas hatilah… latihan pertama dengan team adik2 kat flat Nana, turun sekali. Diorang pun nak training jugak untuk games flat diorang hujung bulan ni. Masa training rasanya dah boleh nampak Shikin laju dan boleh main, Eachah macam dulu, Nana (C Chery2 tahun lalu) memang oklah. Cik Yah dan Anis cam biasa, cam selalu. Paling tak cayonengok Boss den! Kata dah 19 tahun tak main. Macam tak cayo den! Macam selalu main je… OK tu time main jelah, habis je main… lembek! Dalam hati menyesal jugak saya ajak dia, rasa bersalah pulak, tapi saya tak paksa… Apa pun training petang tu kita kalah dengan team adik2 flat Nana tu 7-5. Kira oklah tu, dulu kalah lagi banyak.. 11-2 pernah, 9-3 pun pernah.

Otai2 dalam Chery2 yang tak datang – K.Zai, K.Senah, K.Yat, K.Ij, K.Atie, K.Fau dan Mass memanglah diperlukan sangat2 untuk games nanti. Tapi apakan daya… Untuk ibu mengandung cam Mass malaslah nak kacau, memang takleh kacaupun. Tapi untuk akak2 lain tu, sudi2kanlah datang pada training berikutnya.

Advertisements

One thought on “GO CHERY-CHERY GO

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s