SEMANGAT YANG HILANG

Minggu lepas adalah minggu penuh tekanan untuk saya. Mungkin kerana amalan diet kurang sihat yang saya buat sejak dua minggu lalu. Impaknya – saya rasa letih giler, tak semangat dan rasa blur. Mungkin ada yang perasan, atau ada yang langsung tak nampak kelainan. Tapi saya sendiri memang dapat rasa something… rasa cam hampeh! “Macam penagih…!” kata Boss. Dialah yang sangat perasan, sampai dia sendiri dah naik tension dengan ‘saya yang tak bersemangat’.

***

Selepas berbual dengan Ros dan Iza minggu lalu, saya masih lagi memikirkan apa yang diperkatakannya. Semua orang perlu hijrah. Iza mahu hijrah – mohon untuk jadi guru. Ros juga berusaha mencari kerja lain. Saya kira, saya memang sudah cukup selesa di ITNM. Saya telah diserap tetap, dapat banyak kemudahan, saya seronok dengan suasana dan persekitaran bekerja, gaji pun ok (dari dulu saya tak menganggap gaji perkara utama, ia penting tapi bukanlah keutamaan). Selesa di ITNM mungkin buat saya jadi semakin teruk… saya sesat dalam zon selesa saya sendiri. Saya tak dapat bawa diri saya ke mana2 pun. Saya hilang Xfactor. Saya cuma mampu jadi staf yang sangat biasa…

***

Manalah perginya ‘otak kreatif’ saya? Saya rasa cam bengong je… “Ader ke?” tanya K.Atie. Adalah! Seingat saya, saya memang pernah ada otak kreatif. Kalau tak macam mana saya dapat fikirkan idea2 untuk buat macam2 benda masa saya study dulu. Arghhh… tensionnya! Macam mana otak kreatif saya boleh hilang? Atau mungkin sebab saya jarang gunakannya, jadi otak kreatif saya dah tenggelam dalam benda2 lain yang melambak dan berserabut kat otak saya ni. Atau mungkin sebab dah banyak sangat makan roti canai gareng dan meggi goreng mamak dengan air nescafe kut sampai otak kreatif saya makin terkambus. Ntahlah… tapi saya perlukan otak kreatif saya! Supaya saya boleh jadi shida dulu… persoalannya sekarang – macamna nak dapatkan semula otak kreatif saya? Ehhh… apa yang aku merepek ni…?

***

Dalam kami berbual, Dayat beritahu sesuatu… ‘termakan’ juga saya dengan pandangannya. Selalunya saya akan fikir segalanya positif. Tapi bila difikirkan balik ada betulnya… Isunya  seumpama pertempuran di medan perang – ‘Jika tak mampu jadi penglima perang yang baik jadilah askar yang setia – tapi setia sahaja tak guna kalau tak mampu galas senjata’. Saya ke askar yang tak boleh angkat senjata tu..?

***

Mimpi yang sama! Hari Jumaat, saya takut nak tidur. Bimbang akan dapat mimpi yang serupa lagi macam semalam dan malam sebelumnya. Mimpi mainan tidur je.. ada yang kata jika kita terlalu memikirkan sesuatu di siang hari, bila malam kita akan mimpikan perkara yang sama. Mungkin juga… Tapi saya risau, bimbang pun ada – kenapa Boss saya muncul dua malam berturut2 dalam mimpi saya. Macam2 benda yang saya fikir dah cukup menyesakkan nafas saya, ni tambah pulak dengan kehadiran boss yang mengganggu malam saya. Dahlah saya ni jarang bermimpi, kalau nak mimpi tu – biarlah mimpi jadi orang kaya ke? jumpa ‘mamat’ handsome ke? Kahwin anak raja ke? Ni tak, ada ke mimpi boss datang – untuk beritahu saya, yang dia betul2 nak plan ITNM masa PBAKL ’09 menjadi… dia nak benda tu berjaya. Saya tahulah… bukan dia saja yang nak benda tu menjadi, saya sendiri pun nak benda tu menjadi. Kalau tanya kat semua staf ITNM pun, tentu diorang semua nak benda tu menjadi… Mujur malam tu (jumaat) saya tak bermimpi lagi. Tidur dalam kelaparan… sedar2 dah terlewat bangun!

Advertisements

2 thoughts on “SEMANGAT YANG HILANG

  1. Dalam zon selesa kah? Apa kata turun ke tingkat 1, barulah kurang selesa. hehe.

    Sabar… Terus terang saya katakan, sepanjang kerjaya hidup saya, di ITNM lah saya boleh melekat duduk satu hari suntuk di kerusi. Walaupun saya mengharapkan kerjaya yang lebih mencabar, di sini pun sudah cukup menguji kesabaran saya.

    Tidak sabar juga hendak mengetahui gimik ITNM semasa di PBAKL nanti:)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s