MIMPI KITA SAMA KE?

Sudah lama saya mahu bercerita tentang ini. Tapi tak berkesempatan…

Sejak penghujung tahun lalu, Boss saya selalu cerita tentang rancangannya untuk pesta buku nanti. Saya rasa ia idea yang bagus, tapi mungkin sukar sedikit. Tiada yang mustahil bagi Boss saya… Itu yang buat saya selalu kalah dengannya… Namapun Boss tentulah dia menang selalu, kalau asyik kalah je baik tak payah jadi Boss. Macam apa yang Big Boss cakap dalam perhimpunan bulanan, “perjuangan adalah perlaksanaan kata2”. Dan itulah apa yang dibuat Boss saya.

Selepas rancang tu dipersetujui, Boss2 saya tak sempat duduk – sebelum ni pun diaorang tak pernah duduk diam. Bukan diorang je, semua orang di office pun tak duduk diam – yalah semua orang ada kerja masing2. Maksud saya untuk pesta buku  ni Boss saya dengan En Raz sekali, cuba itu dan ini untuk pastikan semua lancar seperti dirancang. Daripada nak mendapatkan kereta hingga ke tajaan duit, macam2 orang yang dikejar. Sekali sekala ada juga Boss ceritakan tentang benda tu. Pada saya itu bukan cerita biasa – kisah harapan dia yang sebenarnya harapan bersama. Harapan saya dan semua staf di pejabat.

Cerita harapan Boss saya ni tak terhenti di pejabat. Sampai tidur malam pun saya masih mendengar kisah yang sama dari orang yang sama (sekali i mimpikan Boss da… bukan sekali tapi dua kali didatangi mimpi tu!). Saya faham sangat apa yang dia nak dan kalau boleh saya nak jawab kat dia, dalam mimpi saya tu jugak yang saya pun mahukan benda yang sama. Kalaulah saya dapat bantu sesuatu…

Saya bukanlah nak puji sangat Boss saya yang kadang2 hampez tu, tapi dia memang berusaha untuk apa yang dia katakan. Dia memang berjuang. Dan saya tiada alasan untuk  tidak menebalkan rasa kagum saya pada dia. Harap saya dapat kutip banyak benda daripada dia. Banyak lagi… dan lebih lagi!

Ambil kata2 Kyong, “tu yang susah jadi Cidah.. kalau dah suka tu, orang tu jelah yang bagus, yang buruk dia tak nampak dah”. Lepaklah Kyong, boss i bukan buruk pun!  Dan dia bukan perempuan cantik soalan bodoh yang ditanya ~ ayat ni untuk Kyong saja.

Kepada teman2 sepejabat yang rajin baca laman saya ni.. Sambil2 mendoakan umat Islam yang diancam rejim Zionis, doakanlah sekali supaya semua rancang 2009 ITNM berjaya.  Untuk bebudak rumah saya – “korang memang kene doa banyak2 untuk aku dan ITNM – kalau korang nak selamat!”.

***

Thank you kat Nizan yang masuk semula dan baca blog ni, lepas dah lama tak baca kan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s