KAU PERGI JUGA CIKGU DAYAT

Minggu lepas minggu terakhir Dayat di ITNM. Dayat team member yang sangat baik – dari pengalaman bekerja bersamanya sejak setahun lalu. Lagu Kekasih Gelap Ku, lagu memang memberi memori kepada kami…Jangan salah faham! Saya fikir Dayat, Azman (Ex-staf ITNM), Encik Raz, Encik Meg dan semua AJK PPA-11 (team ITNM) ingat dengan story tentang lagu tu.

Arghhhh… asalnya kesilapan, sekarang pengajaran dan kenangan. Kami tersalah mainkan CD mengandungi lagu itu, sepatutnya kami pasang CD persembahan multimedia. Kesian Dayat dan Azman malam tu sampai tak makan, sebab risaukan mereka akan dimarah. Saya… time tu jugak kena sound dengan Encik Meg. Pastu apa lagi – lagi dia marah, lagi saya makan (makan dalam kesedihan dan kegeraman, siap beralih meja, makan dengan dancer2…!)

Itu cerita kali pertama kerja dengan Dayat. Kemudian selepas saya dapat Boss – Dayat juga ditukarkan ke unit saya. Fun giler! Dayat ni jenis suka merepek. Kadang-kadang kita boleh baca mood dia. Kalau dia sedih – dia akan melagukan lagu2 zaman awal 90-an yang sedih2. Kalau dia happy, lagu yang dia nyanyikan pun lagu riang gembira. Tapi favorite dia nyanyi lagu patriotic, kadang2 lagu UMNO, kadang2 lagu ‘Guru Malaysia’. Tapi paling saya tak tahan bila dia nyanyi lagu kolej dia (masa dia study kat UM).

Hari Khamis, sempat juga saya jumpa Dayat sebelum dia kembali ke kampungnya… dapatlah berbual2. Dayat memang berhasrat nak jadi guru ketika di tingkatan enam. Malah masa mohon UPU, selepas result STPM keluar pun dia memohon untuk jurusan pendidikan. Namun rezekinya ketika itu – pengajian media. Akhirnya dapat juga Dayat kejar cita2nya. Mungkin memang rancangannya, memandangkan bakal wife Dayat pun guru yang kini mengajar di Johor.

Apapun, untuk Dayat – Saya doakan semoga Dayat berjaya walau apa juga yang diusahakan, murah rezeki dan panjang jodoh! Ingat, nak kahwin nanti jangan lupa jemput (khabarnya nak langsung hujung tahun ni). Selamat jadi CIKGU!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s