GELORA DI HATI SARA

 

Lama sungguh saya tak menonton drama bersiri… terakhir cerita Susuk. Itu pun berbulan yang lalu. Untung juga penghujung tahun 2008 saya dapat balik awal ke rumah – dapatlah saya ‘tengok’ TV. Gelora Di Hati Sara – drama terbaru terbitan Suhan Movies (Rosham Noor punya company) antara cerita yang saya ikuti bermula dari episod ketiga.

 

307389829_d40eed6c15 

Lokonan heroinnya mantap sungguh – Fauziah Latiff (pertama kali berlakon drama TV, tapi sebelum ini perlah berlakon untuk pementasan sebuah teater kira2 dua tahun lalu) lakonannya untuk watak Sara nampak nature sangat. Cerita ni lagi menarik dengan penampilan Dato’ Rahim Razali sebagai Ayah Rosham Noor@Dato’ yang gatal dan Rosham Noor sebagai suami Sara. Lakonan Watie (dulu anggota kumpulan Elite) pun bagus dan muka Watie nampak cantik sangat dalam drama ni…

 

Drama ni bermula lembab, selepas episod empat ceritanya makin syok ditonton. Especially bila watak Ku Zarina (Watie) muncul dan Dato’ Rahim start jadi gatal sampai sanggup mengorat isteri anak sendiri… Apapun moral of the story, siapa2 nak kahwin tu silalah maklumkan pada keluarga terdekat – jangan berahsia. Tak perlulah kahwin sorok2. Biasalah citer melayu – orang kaya nak kahwin sorok2 gi nikah kat London@oversea, orang tak berapa nak kaya bila nak kahwin sorok2 kahwin lari ke Siam@Thailand.

 

Satu lagi yang menyebabkan saya tertunggu-tunggu drama ni ialah lagu temanya yang ‘sadis’ tapi best. Sayang promosi untuk lagu baru Fauziah Latiff ni kurang jadi stesen radio tak mainkan lagu ni pun… Menjauh diri!

 

* Lirik lagu dengan video lagu klip lagu tersebut yang dicedok dari YOU TUBE. Selamat menyanyi…

 

MENJAUH DIRI

 

RAMAI YANG MENYANGKA KITA HIDUP BAHAGIA

TETAPI… SEBENARNYA PAHIT KU RASAKAN

MEMANG DAHULU KU BAHAGIA

TETAPI SEMUANYA DAH BERUBAH

BILA KAU TIADA LAGI SETIA KEPADA KU

 

KASIH SAYANG KU PADA MU TIDAK KAU HARGAI

SEOLAH… AKU TIDAK LAGI KAU PERLUKAN

APALAH ERTI KESETIAAN

JIKA KAU TAK PEDULIKAN KU

SEHINGGA KAU TIADA MASA UNTUK KU

 

WALAUPUN KU CUBA MEMPERTAHANKAN

AGAR CINTA KITA BERTERUSAN

TETAPI… ENGKAU MASIH MENYAKITI KU SESUKA MU

DAN BIARLAH AKU MENJAUHKAN DIRI

AGAR TIDAK MENGGANGGU KEBAHAGIAAN MU

BERSAMA INSAN BARU YANG MEMISAHKAN CINTA KU

Advertisements

3 thoughts on “GELORA DI HATI SARA

  1. Best jugak cerita tu (kata adik saya)… masih belum sempat tengok. Harap Encik Anuar izinkan untuk saya letak blog tuan dalam blog saya dan terima kasih kerana membaca blog saya yang tak seberapa ni…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s