LAGU DARI PENJARA

 

Khabarnya – seorang banduan telah dihukum gantung atas kesalahan membunuh kekasihnya. Kekasihnya itu dibunuh selepas berlaku curang dengan kekasihnya yang terdahulu. Banduan tersebut yang dikatakan sangat2 menyayangi kekasihnya dengan sepenuh hati telah menciptakan sebuah lagu disaat menanti hari-hari hukuman dijalankan ke atasnya. Permintaan terakhirnya, sebelum dijatuhi hukuman gantung adalah menyanyikan lagu tersebut dengan petikan gitar. Demi rasa simpati, seorang pegawai penjara telah memberikan sebuah gitar tong untuk menyempurnakan hasrat terakhir banduan tersebut.

Selepas kematiannya, khabar itu telah tersebar luas dalam masyarakat. Dan kononnya, pegawai penjara tersebut telah merakam lagu yang dinyanyikan banduan tersebut dan memperdengarkannya untuk diingati sebagai ‘kekasih setia dari penjara’. Kini terdapat beberapa versi rakaman lagu tersebut, antaranya dinyanyikan oleh Hazwan (penyanyi yang tak dikenali langsung), Kumpulan Strategi (mungkin kumpulan Indie atau kumpulan rock kapak) dan terbaru, ia telah dinyanyikan oleh Saleem (bekas anggota kumpulan Iklim). Bukan cara nyanyian sahaja yang membezakan lagu ini, malah instrument dan judul lagu tersebut juga berbeza – cuma lirik dan melodinya sahaja yang sama. Lentok habis!

 

Berikut adalah lirik lagu tersebut: 

CINTA TIGA SEGI oleh Hazuan/TRILOGI CINTA oleh Saleem/PERANGKAP CINTA oleh Kumpulan Strategi

 

Bertahun sudah ku menunggu diriMu

Akhirnya kau menjadi milikKu

Sukarnya untuk Ku melupakanMu

Kerna kau Ku cintai selalu

 

Tapi sayang… kehadiran kekasih lamaMu

Datang kembali mengenang kembali cinta dahulu…

 

Mengapa ini semua harus berlaku

Apakah ini semua kerna diri Ku

Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan

Tak sanggup aku… melepaskanmu

 

Kau ibarat… terperangkap di tengah lautan

Tak tahu mana arah untuk kau menuju…

 

Engkau pinta untuk melepaskan mu

Terpaksa aku turutkan…

Apakah ini satu pengajaran di dalam percintaan

 

*Sesiapa yang minat menyanyi tu… achu tra [dialeg Kelantan]..!    

 

 

Untuk yang nak tengok video lagu ini versi ketiga-tiga penyanyi click pada’more

 

 

Ini pula video yang disiarkan you tube dari ketiga2 penyanyi yang dinyatakan di atas:  

a)      Hazwan – Cinta Tiga Segi 

b)      Saleem – Trilogi Cinta

c)       Perangkap Cinta – Kumpulan Strategi

Advertisements

One thought on “LAGU DARI PENJARA

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s