TRY TEST PI KPM

 

Selesai makan saya kembali ke bilik kerja kumpulan Pegawai Penyelaras aduan. Cepat, saya tak tunggupun ‘ayahda’ selesai makan. Saya perlu lari cepat! – Selamatkan diri…

Masuk bilik ada pulak kerja lain yang menanti – kerja ‘menunggu pegawai2 lain, menunggu wakil2 dari VADS dan menunggu Puan SUB orang2 kanan dia yang masih lagi belum sampai atau masih bersosial di cafe’. Waktu2 macam nilah saya selalu terfikir – kenapalah diorang ni tak reti menepati masa… diorang ingat masa diorang je berharga, masa saya dan yang lain2 ni tak ada nilai ke…? Hampezz

Bila semua dah tiba, dalam jam 10.00 pagi baru aktiviti mula – pengesahan tanggungjawab Eksekutif Khidmat Pelanggan (CSR) yang dilantik VADS dan responsibility Pegawai Penyelaras Aduan. En Soufi bersuara – kenapa CSR punya SKT nak dibentangkan disaat akhir dan kenapa maklumat tersebut tak diedarkan terlebih dahulu – bolehlah disahkan. Apa yang diterangkan menggunakan slide show tak jelas, tiba2 perlu disahkan, ramailah yang tak setuju.

Bukan itu sahaja, Pegawai Penyelaras Aduan diminta menandatangani dokumen yang menyatakan bahawa sebarang maklumat yang ada dalam PI KPM disediakan oleh kami sendiri. Sedangkan bahan asal yang pegawai penyelaras aduan beri telah diolah semula untuk menepati kehendak BHEK. Jadi tak bolehlah sepenuhnya tanggungjawab itu dilepaskan kepada pegawai penyelaras aduan. Bagaimana kalau ia dipersoalkan oleh pengarah bahagian masing2.

Akhirnya – pihak BHEK maklumkan bahawa mereka akan fikirkan semula perkara itu dan maklumat lanjut akan dikirim kemudian. Alhamdullillah, selesai kerja! Sesi kedua, Puan SUB akan cuba menggunakan PI KPM. Satu, untuk pastikan CSR telah bersedia dan memberikan pengalaman pertama menjawab panggilan. Dua, untuk memastikan system Onyx yang digunakan oleh VADS berkesan atau tidak. Tiga untuk semak sama ada talian tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Malangnya… Puan SUB tak cuba pun… dia suruh En. Razak yang membuat panggilan… Apsal? Tak berani ye..? Tak da credit kut?

 phone2

Alhamdullillah, panggilan En. Razak disambut baik oleh CSR yang mengendalikan PI KPM. Selepas panggilan tersebut, setiap dari kami diminta menghubungi talian 603 7723 7070 untuk mencuba PI KPM ini. Saya agak terlewat membuat panggilan, saya layan call boss dulu! Panggilan saya dijawab oleh Siti Noor – saya beri nama Siti Aminah dan sahkan nombor telefon.

HOT LINE PI KPM 03-7723 7070

HOT LINE PI KPM 03-7723 7070

1.       Soalan: Saya mahu buat translation. Di mana saya boleh buat translation?

Jawapannya: Cik Siti minta tunggu sebentar, saya semak dalam sistem dahulu. (2 minit kemudian) Terima kasih kerana mengunggu. Cik Siti, Institut Terjemahan Negara Malaysia ada menyediakan khidmat terjemahan.

2.       Soalan: Institut Terjemahan Negara Malaysia dimana?

Jawapan: Cik Siti minta tunggu sebentar, saya semak dalam sistem dahulu. (1 minit kemudian) Terima kasih kerana mengunggu. Di Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E, seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

3.       Soalan: Terjemah sijil boleh? Saya nak terjemahkan sijil nikah…

Jawapannya: Boleh Cik Siti. Cik Siti mahu terjemah sijil apa?

4.       Soalan: Boleh terjemah sijil nikah dari BM ke BI? Harganya berapa?

Jawapannya: Boleh Cik Siti, tiga hari je masa yang ITNM perlukan untuk siapkan terjemahan. Cik Siti minta tunggu sebentar, saya semak dalam sistem dahulu untuk harga. (1 minit kemudian) Terima kasih kerana mengunggu. Harganya RM10.00

(jawapan salah – saya tanya semula)

5.       Soalan: Betul ke Sepuluh Ringgit? Tak kan sepeluh ringgit…

Jawapannya: Cik Siti, maaf mungin ada masalah teknikal pada sistem kami. Untuk maklumat lanjut berhubung harga khidmat terjemah tu, Cik Siti boleh hubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia ditalian o3 4149 7210 atau layari laman web www.itnm.com.my                                          

Oklah, saya rasa untuk mereka yang pertama kali menggunakan sistem Onyx dan pertama kali menjawab panggilan telefon. Kira oklah tu. Tapi ada juga pegawai lain yang tidak puas hati dengan CSR yang tak dapat menjawab soalan dan bertindak memutuskan talian. Ader ke patut… tapi biasalah VADS akan selamatkan keadaan dengan mengatakan CSR ni masih belum biasa dengan sistem lagi… Lepaslah! Mujurlah orang2 VADS ni dapat kepercayaan penuh Puan SUB dan Ketua PRO kementerian, kalau nak ikutkan pegawai penyelaras aduan lain – memang ramai yang tak setuju…!

Selesai semua jam 1.00 tengah hari… yea boleh balik!

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s