SENTUHAN TERAKHIR…

 

Sedih tuhan sahaja yang tahu… lepas kes kehilangan semua maklumat dalam pendrive free KPM tu saya terpaksa sediakan semula bahan tersebut. Mujur maklumat ITNM tak lah sebanyak Bahagian Sekolah… mudahlah saya nak selesaikannya dan tak ambil masa lama sangat. Untung jugak saya sempat belajar dengan K.Ija guna excel (walaupun belum master lagi, tapi bolehlah dari tak tahu guna langsung!). Tak pasal2 saya menjadi cikgu dekat pegawai2 lain – maklumlah diorang ni tak reti guna excel. Aku jugaklah nak kene beramal…mengajor depa.

Kadang2 kesian gak tengok bahagian lain, ada yang maklumat tak lengkap, ada yang takda bahan dalam bentuk soft copy… paling kesian yang mengganti boss (Encik Saufi) – dia tak tau apa2 pun, boss dia (Tn. Syed) pulak main lepas tangan, tak pasal2 Encik Saufi kena buat dari A sampai Z… Samalah dengan bahagian2 yang tidak menghantarkan wakil, dah jadi kerja pulak untuk ketua kumpulan masing2 menyelesaikan bahagian yang tak datang punya bahan. Ader ke patut?

Sebelum sesi pagi selesai saya dah berjaya memformat semula bahan PI ITNM untuk KPM, mengikut format sepertimana yang diminta. Kemudian, Kak Sharulniza (ketua kumpulan pertanyaan) maklumkan dekat anak2 buahnya – termasuklah saya, untuk meringkaskan jawapan bagi setiap soalan. Bagi mudahkan eksekutif khidmat pelanggan (EKP) yang dilantik VADS menjawab soalan dari pelanggan nanti. Bagus juga Kak Sharulniza ni… dia siap semak bahan2 dari anak2 buah dia – nak mengesan kesilapan, kalau ada. Siap kerja anak2 buah dia, dia pun minta diri kerana – “nak holiday dengan hubby” katanya.

Saya sempat membantu Kak Norli, banyak sungguh yang perlu dikemaskini di bahagiannya. Kak Norli jaga disiplin – memanglah banyak benda! Tak bantu banyakpun, cuma membaca semula untuk kesan kesilapan, dan betulkan soalan yang tak sedap bunyinya. Jawapan pun kadang2 tak releven – biasalah copy and pastecam tulah!

Malam sesi taklimat – letihnya mendengar taklimat yang telahpun didengar beberapa kali. Harap cepatlah benda PI ni siap, tak perlulah dengar benda yang sama lagi. Tambah, tak perlu tengok muka tension Puan Robaayah pasal benda ni dah… Semua orang pun dah letih mengerjakan PI KPM ni dan saya pasti sangatlah, semua orang berharap segalanya akan berjalan selancarnya bila PI KPM beroperasi nanti.

Esok, ada taklimat akhir dan sesi ‘mencuba PI KPM’. Mungkin akan dimulakan oleh Puan Noriah, SUB BHEK. Selepas sesi itu, dapatlah saya balik semula ke Kuala Lumpur. Perlu pulang segera – Boss akan bercuti minggu depan, mungkin ada benda yang nak ditinggalkan kepada saya (kerjalah) atau pesanan ke, wasiat ke… (kalau harta benda saya sangat suka untuk terima…)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s