MELAKA LAGI…

 

Saya sekali lagi ke Melaka, kali ini Melaka A’famosa Resort Hotel bersama kumpulan Pegawai Penyelaras Aduan KPM. Kami2 nilah yang bertanggunjawab mengerjakan Pusat Interaksi (PI) KPM. Dulunya kami namakan Pusat Interaksi Pelanggan (PIP), tapi namanya diubah mengikut kesesuaian fungsinya.

Dari awal lagi, saya dah agak akan diminta hadir. Satu kerana dari awal memang saya me’ngerja’kan bahan untuk PI KPM ini – ketika itu, Boss berada di Frankfurt me’langsai’kan Frankfurt Book Fair 09. Dua kerana saya juga yang menghadiri setiap mesyuarat yang melibatkan PI – biasalah, asalnya ganti Boss sahaja, tapi kerana telah biasa dengan pegawai penyelaras aduan yang lain, jadi mudah berbincang dan memberi pandangan tentang call centre yang mahu dibina KPM. Tiga kerana ini adalah peringkat terakhir dan Boss sibuk – jadi apa salahnya saya menyelesaikan kerja ini.

Selalunya yang digusarkan bila outstation ni ialah masalah sesat. Mujur kali ni saya tak berdepan dengan masalah tu. Minggu lalu bila Ema, pegawai di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan hubungi saya untuk pengesahan kehadiran, saya yang gatal bertanya jika ada bilik single. Malasnya nak berkongsi bilik, tambah pula saya ni jenis yang tidur lewat… Kali ni memang saya tinggal sendirian. Bukan kerana saya ditempatkan di bilik single, tapi kerana teman sebilik menginap di bilik lain yang disewa bersama keluarganya. So, saya agak takut pulak tidur sorang2 ni…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s