PERMATA HATI…

picture-358
Dalyia Batrisya

Syukur ke hadrat Allah SWT, keluarga besar saya baru sahaja dikurniakan seorang puteri yang comel. Dalyia Batrisya binti Abdul Hafiz namanya. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran ‘orang baru’ ni, walaupun ketika kelahirannya kami risau kerana Jue (ibunya) terpaksa dibedah kerana tidak dapat bersalin secara normal.   

Macam-macam gelaran yang diberi kepada puteri comel kami ni – Yaya (sempena namanya Dalyia), Isha (neneknya panggil bila dia menangis) dan Cik Sabariah (gelaran kami untuknya yang suka meraung sekuat hatinya bila minta susu). Apapun Yaya menjadi perhatian kami sejak kelahirannya. Kami sekali lagi dirundung rasa risau bila Yaya dikatakan ‘sakit kuning’. Saya sendiri tak pasti tentang sakit ni… yelah bukan pernah ada baby pun. Yang pasti Yaya ditahan dalam wad selama beberapa hari. Mak dan abah saya sendiri berulang alik ke hospital untuk menjenguk Yaya setiap hari.

Untung juga, adik Azie dan Adik Nurul bercuti di kampung, dapatlah mereka membantu Jue menjaga Yaya. Tapi menurut Jue, Yaya akan dibawa ke rumah nenek dan atuknyanya di Pahang (ibu bapa Jue) sehingga Jue habis berpantang. Malah ibu bapa Jue juga mahu mengadakan majlis cukur jambul di rumah mereka. Walaupun kami sedih kerana akan kehilangan Yaya buat seketika, tapi tak mengapa kerana Yaya akan menetap di batu gajah dengan Wan dan Chu. Makin keraplah saya balik kampung!

Yaya memang manja. Munurut mak, saiz dan fizikal Yaya hamper serupa dengan Adik Nurul (masa bayi dulu) bakal atlitlah ni… Dari dahinya, ramai yang kata Yaya ni pandai orangnya. Insya-Allah, itulah yang diharapkan. Semoga Yaya akan mengikut jejak langkah ibunya – pelajar cemerlang kat UiTM dulu! Selain manja, Yaya juga kuat merenget, dan comel sangat.  

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s