PROF. HAMDAN DENGAN ‘PENDIDIKAN PR’

 

Rasa bertuah sangat sebab dapat sertai Mesyuarat SKT KPM & JPN kali ini, bukan kerana programnya – tapi kerana ada segmen khas yang menjemput Prof. Datuk Hj. Mohamad Hamdan Hj. Adnan untuk memberi talk kepada Pegawai Penghubung KPM & JPN. Prof Hamdan, dulunya idola pengamal Perhubungan Awam (PR).  Prof. Hamdan berucap mengenai Pendidik dan Perhubungan Awam.

 

Prof. Dato' Hj. Mohd Hamdan Hj Adnan

Prof. Dato' Hj. Mohamad Hamdan Hj Adnan

 

Walaupun beliau merujuk kepada notanya, namun beliau seringkali mengaitkan sesuatu perkara dengan pengalaman lalunya. Dalam setiap perkara yang disampaikan pula terdengar juga ayat2 merajuk Prof. Hamdan kepada pihak2 tertentu. Prof. Hamdan juga sempat mempromosikan buku terbaru tulisan beliau, tapi memandangkan, ini adalah masa2 sengkek saya – terpaksalah saya batalkan niat untuk membeli.

Seperti empat tahun lalu, bila saya tanya, “Prof. di mana saya boleh dapatkan buku ini…?” Prof. Hamdan jawab, “di UiTM, kat Masscom”. Jawapan tu adalah jawapan sama yang pernah Prof Hamdan beri kepada saya empat tahun lalu. Mungkin Prof. Hamdan sendiri tak sedar bahawa bukunya tak boleh dibeli dari Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (Masscomm). Kalau boleh dibeli dari situ, tentu dulu lagi saya dah beli. Malah saya pernah meminjam salah satu daripada bukunya dari library UiTM dan buat salinan untuk dijadikan rujukan, sebab tak tahu dimana saya boleh beli buku tersebut.

Soalan yang ditanya oleh Pn. Shila (Head PRO Dewan Bahasa & Pustaka), adakah IPRM akan menjadikan PRO sebagai kerjaya professional. Prof. Hamdan juga masih memberi jawapan yang sama seperti apa yang dikatakannya ketika pertemuan beliau dengan pelajar program BRB6 tahun 2006 (team saya dulu)… “IPRM sedang berusaha ke arah itu. IPRM mahu menetapkan disiplin khusus untuk Pengamal PR, menyediakan peperiksaan khas kepada pengamal PR yang telah melakukan kerja-kerja PRO selama beberapa tahun – kemudian IPRM akan mengiktirafnya sebagai PRO profesioanal”.

Saya kira, hasrat besar tersebut perlu mendapat sokongan semua pihak… barulah ianya akan berhasil. Di Malaysia sendiri, saya rasa ramai pengamal PR atau PRO yang tidak menganggotai IPRM, macam mana nak membantu lembaga tertinggi IPRM meletakkan PR distandard professional. Tak perlu cakap pasal orang lain, saya sendiri hanya menganggotai IPRMSA, biarpun saya bukan lagi student. Nak join IPRM… u must good enough to call youself PRO, kira anda mesti PR yang sangat baguz sangatlah… Itu yang den takuit tu! Tak join2 sampai sekarang.    

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s