TAKLIMAT SANTAI KUMPULAN PEGAWAI PENGHUBUNG KPM DAN JPN

Inilah yang dimaksudkan aktiviti Pegawai Penghubung KPM & JPN – santai, masa bersosial dan berkongsi cerita. Bermula dengan makan malam,jam lapan saya dah bermesra dengan ramai Pegawai Penghubung baik dari JPN, agensi dan bahagian2 KPM sendiri. Jam sembilan, saya dah terfikir nak balik bilik dah… nak tengok Separuh Akhir Muzik2 – ketegori pop rock. Apa nak buat, ‘tinggal cuti tinggallah TV, kerana kerja aku turutkan’.

Cerita pasai Pegawai Penghubung KPM & JPN, malam taklimat saya jumpa ramai muka2 baru. Penstrukturan semula telah membawa masuk ramai pegawai2 baru. Kebanyakan pegawai baru ini menggantikan tempat Pegawai Penghubung lama yang naik pangkat atau bertukar sektor, selain pencen. Tapi geng otai Pegawai Penghubung lama masih ada, dan dengan diorang ni – well diorang dah kenal saya, mudahlah nak menyampuk bila bersembang.

Dengar taklimat dari Encik Shariff PRO2 KPM, saya dah boleh agak ada banyak aktiviti bercuti2 Malaysia. Betullah… visit Taiping year! Bermula jam 1.30 tengah hari esok sehingga malam dah diaturkan aktiviti bercuti – Labu Sayong, Taiping, Bukit Larut & Kuala Kangsar. Semua tempat tu mereka akan jelajah esok. Saya kirimkan SMS kepada Boss yang masih dengan RAJUKnya (saya agak) – minta izin balik awal sebab semua tempat tu saya dah pergi, malas den nak melepak! Boss kata OK, jadi esok lepas Mesyuarat Kajian SKT Pegawai Penghubung selesai, kira2 jam 12.30 tengah hari saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Apapun, saya tak boleh tertinggal aktiviti jam 8.00 pagi esok – Ceramah ‘Halangan & Cabaran Perhubungan Awam’ oleh Prof Hamdan Adnan (Idola semua PRO2 kat Malaysia ni – dulu la… sekarang ni tak tau pulak saya).

Prof Hamdan Adnan – pengasas Perhubungan Awam (dulunya dikenali sebagai Perhubungan Raya). Beliau juga yang mulakan program ‘sebaran am’ atau kini dipanggil ‘komunikasi massa’ di ITM (sekarang UiTM). Khabarnya beliau juga antara mereka2 yang terlibat menubuhkan Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM). Beliau juga adalah Dekan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media – semasa saya belajar di semester satu dulu, tahun 2003 sebelum jawatan itu diambil alih oleh Prof Alias selepas Prof Hamdan menamatkan karjayanya di UiTM.

Fuhh… Prof. Hamdan tu… tiba2 saya rasa nak berterima kasih kepada Boss kerana minta saya menggantikannya dalam mesyuarat ini, dapat berjumpa dan kongsi maklumat dari Prof. Hamdan. Itu dah cukup baik! Thank you Boss. Walaupun asalnya saya frust sikit sebab tak dapat pergi kursus penulisan anjuran Sidang Redaksi Buletin KPM – sibuk me’ngerja’kan Majlis Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malysia (1791-1965), tapi OKlah coz kali ni dapat dengar talk dari Prof. Hamdan.

Tak sabar nak dengar ceramah dari Prof. Hamdan 🙂


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s