MALAM BOSAN YANG MENYERAMKAN

 

Cerita dari Taiping, malam ini saya melekat di bilik saja. Malas untuk keluar ber’poya2’ sebab penat memandu siang tadi, masih terasa. Lagi pun, saya tak bawak banyak baju – takkan nak kuar dengan baju kurung siang tadi… Jatuhlah saham adiek manizzzz!

Saya sempat tengok keputusan lagu2 yang berjaya masuk Juara Lagu ‘08. Mujur lagu Dingin dapat, coz last week saya tengok Ziana Zain nyanyi, best giler!

Nak tidur, malam masih muda… Apa nak buat? yang boleh dibuat cuma iron baju untuk esok. Call housekeeping, iron tak disediakan – kena pergi iron baju di bilik iron yang disediakan. Ceh! Ni yang gua malas ni… Terpaksa jugaklah, kalau tak esok kenalah pakai baju kusut masai. Itulah untungnya orang yang suka pakai baju dari jenis yang tak perlu di gosok – tak payah menggosok.

Saya gi jugak ke bilik 336, takut siot – bilik seram nak amat! Gelap, lampu malap giler, kipas terpasang dan pintu balkoni dibuka seluasnya… dalam bilik tu pulak ada tilam dan bantal berselerak (macam pot budak2 bertenet2 je…) Pastu ada pulak dari mana ntah datangnya bunyi loceng (sayup2) Seram! Seram melebihi rasa seram bila balik dari hantar Kak Yati pulang ke rumahnya… masa tu terpikir jugak, apasallah saya tak iron baju siang2 tadi… nilah balasan orang yang malas. 

Untuk menunggu ‘Cik Mata’ saya mengantuk, saya bacalah buku. Buku Ping – Perjalanan Seekor Katak Mencari Kolam Baru (buku terjemahan bahasa Indonesia). Buku asalnya bertajuk Ping – Stuart Avery Gold. Ini buku kesembilan yang saya baca dari puluhan buku yang dibawa balik Encik Razin ketika mengunjungi Jakarta Book Fair tahun lalu. Tu yang saya suka bila Encik Razin ke pesta buku seumpamanya, banyaklah buku2 yang diangkut balik. Tapi dari Jakarta Book Fair Encik Razin banyak bawa buku agama. Eden ni… coz emak den cakap, den berkawan dengan ‘setan’ – liatlah sikit bila menjamu mata dengan buku agama, sempat baca satu je, buku agama ‘kisah isteri2 Nabi Muhammad’.

Tu jolah catatan den di Taiping…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s