LANCAR BUKU KANUN DI PARLIMEN

Fuhh… selesai ‘melaksanakan’ Majlis Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965) di Lobi Parlimen siang tadi. Lega sikit… habis satu kerja. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang oleh Boss. Syukur!

Y.B. Dato' Seri Hishammuddin ketika Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia

Y.B. Dato' Seri Hishammuddin ketika Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia

Majlis telah disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia dan turut dihadiri oleh Y.B. Menteri Pelajaran. Buku ini telah dilancarkan dengan gimik sederhana tapi menarik. Ruang yang sempit sedikit menyukarkan – standing event macam ni biasalah, yang di belakang tak nampak sangat apa yang berlaku dihadapan. Tapi sambutan menggalakkan daripada ahli parlimen tak mencacatkan suasana bila ruang majlis pelancaran penuh. Ramai ahli parlimen yang hadir. Malah 300 beg cenderamatapun habis, walaupun kebanyakannya diberi kepada kakitangan Parlimen (dah orang minta, terpaksalah bagi…).

Apapun tahniah & terima kasih buat member2 sepejabat yang memberi komitmen demi menjayakan majlis ini. Abg Khalil dan teamnya memang bekerja keras, memindah kemudian memunggah buku dan cenderamata – sampai berulang-alik dari office ke Parlimen sampai lebih tiga kali. Kak Hasna, Kak Yati, Nana dan Mai pun terpaksa balik lewat dua hari untuk memastikan 300 beg cenderamata siap.

Tak masuk lagi yang incharge hal jemputan – Kak Ija N The Geng, susun buku – group Megat, makanan – Kak Atie dan tugas2 rencam macam yang saya buatlah. Pendek kata dalam seminggu dua ni, semua di office memang giler nak me’nyeatel’kan benda2 melibatkan majlis pelancaran ni. Tapi yang paling sesak nafas, tentulah Boss saya – mana menjadi penghubung antara pihak ITNM dan parlimen lagi… mana nak check macam2 benda dengan E-Magineers (syarikat pengurusan acara) lagi… tak termasuk job lain yang melambak. Tu yang dia selalu jengah office Datuk KP Parlimen.

Sehingga lewat petang tadi, saya dapat khabar dari Parlimen – jualan buku dah mencecah RM8,000.00. Fuhh.. bagus giler. Lagi hebat dari PBAKL. OKlah tu!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s