MAJLIS KAHWIN FIDAH

 picture-323

Sabtu lalu, saya dan member serumah sempat menghadiri Majlis Perkahwinan Rafidah Dato’ Rahim dan pasangannya di Seksyen 8, Shah Alam. Fidah adalah rakan sekelas saya dan Iza sejak di semester satu lagi. Kami agak kami akan temui ramai lagi teman-teman sekelas dulu, yang datang ke majlis ini. Alhamdullillah, ramai juga yang kami jumpa.

Wedding Fidah… walla! Meriah dan ceria dengan warna pink serta bunga ros segar di merata tempat. Food pun sedap, ABC dan sate ayam yang memang menjilat sudu dan lidi sate. Makan sampai tak hingatlah kitorang. Apapun, saya doakan Fidah dan pasangannya bahagia ke akhir hayat.

                                                        sempat posing... Posing lagi...

Pertama yang saya jumpa Anis & The Geng. Anis, Idzu dan Intan datang bersama Angah dan kakaknya Idzu. Anis dan Idzu masih macam dulu, ceria memanjang. Intan pula nampak makin berisi, tapi tetap anggun… hati senang agaknya. Khabarnya Idzu dan Anis masih bekerja ditempat yang sama, Intan pula dah jadi penganggur terhormat semula. Biasalah, rezeki… kejab ada kejab tak ada. Moga Intan akan cepat dapat kerja baru yang sesuai untuknya.

Kebetulan memang kami semeja waktu makan, jadi banyaklah bahan bualan kami. Cerita tentang ibu bapa muda dikalangan kami. Ida dan Fordy dah ada permata hati, seorang putera sebagai penyeri hidup mereka yang berumah tangga tahun lalu. Raja Eliza dan Yong, khabarnya dapat anak lelaki. Tahniah! Tak lupa, kami juga jumpa beberapa ibu muda yang hadir ke majlis Fidah. Umie dan pasangannya membawa puteri mereka. Aizam dan pasangannya juga bawa baby boy diorang yang comel.

Kami juga sempat bercerita tentang teman-teman yang nak menamatkan zaman single-mingle. Izan dan Bobby akan melangsung perkahwinan mereka dalam bulan Mac. Malah mereka tak datang ke majlis Fidah ni pun kerana menghadiri kursus kahwin*. Budi pun khabarnya dah temui si jantung hatinya… Liza dan akan bersatu tak lama lagi. Tarikhnya? Tak pasti.

Bukan tengok penganting, tengok food mana yang belum makan lagi... picture-3161 Idzu kahwin bulan Mei 2009 Intan & Angah

Cakap pasal kahwin ni, Anis dan Arjuna akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei tahun hadapan. Idzu dan Salam pula memilih antara bulan Jun hingga Disember 2009. Mereka masih mengira-ngira masa yang sesuai. Bila ditanya, “Shame, ko bila?” Jawapan saya “bulan 11, tahun tak pasti!” Intan cadangkan jawapan baru… “bulan 13!” sebab bulan tu memang tak wujud. Hampezz! Iza pun ditanya soalan yang sama. Apakan daya, kamilah wanita2 terpilih untuk berstatus bujang dalam tempoh yang lama sikit. Tuhan nak kasi kitorang enjoy puas2 la…

*Kursus kahwin: Bagi yang berhasrat untuk menjalani kursus berkenaan, bolehlah buat segera. Kata Idzu yang baru selesai mengikuti kursus ini, tahun hadapan kursus tersebut akan dilanjutkan sehingga lima hari termasuklah Qiyamullai (tak pasti ejaan ni betul atau tidak). Menurut kata boss saya, kursus kahwin cuma mengajar tentang mandi… Jangelah cayo!

  

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s