NASI TANGAS BUKAN NASI BUKHARI

 
Hari ni bukan hari saya! Itu alasan penyedap hati bila dipermainkan oleh boss dan akak2 office hari ini. Saya sendiri tak terfikir dan tak pernah tahu pasal nasi tangas. Saya ingatkan ia seperti nasi bukhari. 
 
Nasi tangas sebenarnya adalah nama lain bagi nasi kangkang. Nasi kangkang tu saya tahulah – pernah dengar ceritanya! Nasi jenis ini tidak pernah diterbitkan resepi mahupun cara memasaknya. Malah tukang masak tersohor pun tak tahu macam mana nak masak nasi nasi tangas. Suami Kak Hasna pun tak tau! Hampezzz sungguh depa (boss dan akak2 office saya)! 
 
Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya adalah manusia yang tak takut dosa dan hasutan syaitan membawa mereka untuk memepelajari kerja-kerja khurafat, termasuklah membuat nasi tangas. Oleh itu jauhi ilmu hitam (tak kiralah susuk, nasi tangasatau apa2 ilmu hitamlah) walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.
perempuan-isteri-dan-jalang
Poster filem Perempuan, Isteri Dan … yang pernah menyentuh mengenai nasi tangas
 
Filem Perempuan, Isteri Dan… merupakan filem pertama yang mengembar-gemburkan cerita tentang nasi tangas. Dalam filem tu Sofea Jane dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas. Nasi tangas ni ada ‘power’ yang mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling. Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, ia masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, ada yang melakukannya secara senyap-senyap.
 
ages 
Nasi lemak bukan nasi tangas (sekadar gambar hiasan)
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s