PR KE?

Jumaat, 21/11/08, jam 8.15 pagi

Selamat pagi… Inilah saya, sampai awal di office setiap hari! sempat membaca on-line Berita Harian dan meninjau berita terbaru teman-teman dalam laman blog mereka. Juga lewati blog boss. Alhamdullillah, dah ‘insaf’ rupanya dia… mungkin sekarang ada masa terluang untuk menulis. Patutlah semalam balik awal, nak tulis blog rupanya!

Bila membaca boss menulis pasal PRO (Public Relations Officer/Pegawai Perhubungan Awam) adalah sikit ‘terasa-rasa’. Dia memang dah lama buat kerja PR dan setiap yang diperkatakannya adalah melalui pengalaman. Menurut Puan Noraini, Ketua Program PR di Fakulti Masscomm UiTM (lecture saya dulu), PR ni sebenarnya talent. Hanya mereka yang berbakat sahaja mampu menjadi PR!

Itulah yang selalu diperkatakan dalam kelas saya, dari saya semesta satu lagi ketika belajar PR – Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di UiTM. Sampai ada member sekelas yang confident giler, siap cakap i was born to be a good PR. Saya pulak masa tu tak cakap banyak, tak tau pun nak cakap. Tapi saya kata, i will learn to be a good PR.

Biarpun pada asalnya saya belajar hanya untuk dapatkan segulung ijazah. Teringat betapa sukarnya memilih bidang pengajian ketika nak memohon melanjutkan pelajaran di universiti. Saya suka pengurusan acara dan bercita-cita untuk menguruskan/menghasilkan program berguna untuk masyarakat. Seperti kata Dr. Fadzillah Kamsah yang saya temui beberapa tahun dulu, saya tergolong dalam kumpulan individu yang bekerja untuk masyarakat. Patutlah masa kecil dulu, saya bercita-cita untuk jadi Penghulu! Kelakarkan?

Pilihan untuk itu adalah Komunikasi. Yang pasti, saya tidak menyesal mendalami bidang ini dan akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan supaya dapat menjadi PRO yang baik.

Hakikatnya, hari ini kebanyakan syarikat/agensi swasta terutamanya tidak membuka peluang untuk graduan baru mencuba (saya pun tergolong dalam kumpulan ini sebab tak ada pengalaman). Pengalaman adalah perkara yang selalu dipertikaikan setiap kali menawarkan jawatan kosong. Kasihan kepada ‘orang baru’ yang tidak diberi peluang untuk membina pengalaman.  Kasihan juga orang baru yang ditamatkan perkhidmatannya hanya kerana tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan.  Saya perlu bersyukur kerana bekerja di ITNM, saya sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan.

p/s: maaf lambat post kerana ada problem untuk diterbitkan. Ntah apa maslahnya, saya pun tak pasti…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s