MESYUARAT LAGI… KALI INI DI MELAKA

Sejak minggu lalu, saya mencari surat/dokumen berkaitan mesyuarat/bengkel anjuran BHEK, KPM di Melaka. Malangnya, pagi tadi baru dijumpai. Akhirnya terpaksalah bergegas ke Melaka. Risaunya saya tuhan sahaja yang tahu! Satu risaukan jalan ke Melaka yang saya langsung tak tahu, satu lagi risaukan diri saya sendiri yang memandu berseorangan ke Melaka… kalau ada teman tu lainlah sedikit. Alhamdullillah, sampai juga saya di MITC Ancasa Hotel dengan selamat.

Mesyuarat ini pada saya tak perlu, namun ia jadi perlu apabila ada sesetengah Jab/Bah/agensi KPM tak melengkapkan maklumat untuk Pusat Interaksi Pelanggan itu sendiri.Ada Jab/Bah/agensi yang tak dapat melengkapkan maklumat kerana mereka perlukan tambahan masa untuk menyediakan maklumat tersebut… maklumlah Jab/Bah/agensi tersebut besar dan banyak sektor. Tapi pihak BHEK sendiri dan beri masa yang panjang untuk proses penyediaan maklumat.

Dalam mesyuarat pihak VADS dah berkali-kali menerangkan kebaikan menggunakan PIP ini. Maklumat pertama yang diberi mereka dalam bulan Jun lalu. Susah ke untuk pegawai2 ni paham? Tugas pegawai2 yang mewakili setiap Jab/Bah/agensi ini hanya menyedia panduan/jawapan untuk setiap panggilan pelanggan yang bertanya mengenai Jab/Bah/agensi tersebut. Sediakan jawapan sahaja… bukannya menjawab! Segala panggilan awam untuk KPM akan dilayan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (CSO) – VADS, anak syarikat TM yang kendalikan.

Apa yang harus disedari oleh pegawai2 yang mewakili Jab/Bah/agensi ini adalah pihak PIP hanya membantu menjawab soalan/aduan/cadangan pelanggan dengan panduan/jawapan yang disediakan untuk mereka. Sekiranya bahan tersebut tidak lengkap, mereka terpaksalah menyerahkannya kepada pegawai tersebut semula. Jadi, tiada alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Pasal tulah sepanjang malam berbincang tentang PIP, ada sebahagian pegawai KPM yang bermuka masam. Mungkin mereka fikir mereka boleh lari tugas menjawab panggilan pelanggan sepenuhnya… Ada ke patut?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s