MEMBINA PIP

25/11/08

Masih lagi cerita mengenai saya di Mesyuarat PIP yang saya sertai di MITC Ancasa Hotel Melaka. Dari pagi tadi wakil VADS masih lagi menerangkan perkara2 yang sama kepada pegawai2 KPM. Saya rasa yang tak faham2 ni sebahagian je, sebahagian lagi dah nak termuntah dengar penerangan yang sama berkali2. Saya tumpang simpati dengan Encik Husaini, wakil VADS yang bertindak mengetuai bahagian operasi… Maklumlah bercakap benda yang sama berulang kali..

Untuk pegawai2 yang dah faham dengan konsep PIP, mereka akan mengalih perhatian kepada benda2 lain – contoh semak e-mel, YM dan chating (yang bawa laptop sendiri), bergosip, kutuk pegawai lain, beramah mesra dan bersembang2, buat bodoh, jawab call (yang sentiasa jawab call tu saya! Saya mengaku, banyak call diri office, dari boss, dari SU MD, pembekal etc) dan yang tidur pun ada. Tapi bagi pegawai2 yang betul2 tak faham pasal PIP, mereka tekun mendengar penerangan dari wakil VADS dan bertanya bila ada perkara yang mereka tak fahami. Kadang2 soalan yang diutarakan tu pun berulang-ulang. Ada juga kelompok kecik pegawai2 yang tak faham pasai PIP, tapi buat bodoh je, buat tak tau, buat don’t knowlah pasai perkara yang diterangkan. Maybe they espect there is somebody  else will handle all those thing for her… kerani dialah.  Yolah! U tak paham pastu nak kerani U faham pulak!

Saya sendiri nak kata tekun sangat mendengar penerangan pun tak juga… Pertamanya, sebab saya sendiri memang maklum pasal PIP dan saya rasa ianya sangat membantu untuk pegawai aduan KPM, kedua benda yang diterangkan dah berkali-kali didengar. Mana encik tahan beb! Saya pun kadang2 ambil peluang berbual dengan pegawai2 lain. Ok gak dapat dengar pengalaman orang lain. Kan ada kata-kata hikmah oarng dulu-dulu, “pengalaman yang berguna adalah pengalaman dari kisah benar kehidupan”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s