tips@top : Lupakan Cinta & Kekasihmu

Lets’ talk about LOVE! Sad love story…

ring

Berpisah dengan orang yang kita cintai memang sangat sukar. Kerapa apa? Kerana menyedihkan… Perasaan kita jadi tak tenteram, emosi tak dapat dikawal dan kadangkala kita mula bertindak mengikut ‘kegilaan’ fikiran dengan melakukan perkara pelik hanya untuk lari diri dari perasaan sakit hati, kecewa dan sedih.

never_let_go

Mungkin ada yang anggap ‘putus cinta’ adalah perkara mudah/remeh/ntah apa-apa ntah.. tapi hakikatnya ada yang putus nyawa selepas putus cinta. Siapa nak jawab? Janganlah sampai ke tahap itu… Sebab tu putus cinta patut diterima dengan rasional oleh kedua pihak yang bercinta – yang meninggalkan dan yang ditinggalkan. Melalui pengalaman saya dan teman-teman, berikut disenaraikan 5 tips untuk membantu anda melupakan cinta dan kekasih  (tak kiralah sama ada anda meninggalkan mahupun ditinggalkan)…

trampy

Selamat mencuba!

1) Layan jer – Perkara pertama yang perlu dibuat bila putus cinta ialah layan perasaan. Kalau rasa nak nangis, menangislah sepuas hati. Jika perlu meraung, teruskan. Kaedah terbaik, pilih ‘pot’ bersesuaian dan luahkan kesediah dan derita anda dengan tangisan. Selalunya dalam bilik tidur (habis bantal basah dengan air mata) atau di bilik air (berjam-jam menangis dalam bilik air dengan membiarkan air membasahi kepala anda… fuh, ia  amat menenangkan) membazirlah sedikit, bukan selalu! Ada juga yang suka melayan sedih putus cinta di tepi pantai, tepi tasik, tepi lebuhraya, kat jambatan sungai dan macam-macam tempat lagi. Layan jer… tapi janganlah ambil masa terlalu lama, cukuplah sehari dua. Ingat anda akan terus ‘gila’ kalau layan perasaan sedih anda tu lama-lama.

bleeding     c     crycryforyou

2) Terima kenyataan – ‘Anda ditinggalkan/meninggalkan!’ Terima segalanya sebagai ketentuan yang telah disuratkan oleh-Nya. Tiada apa untuk dikesalkan. Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Sentiasa fikir bahawa perpisahan itu adalah yang terbaik untuk anda dan bekas kekasih anda itu. Anda cuma perlu berdoa supaya anda anda ditemukan jodoh yang lebih baik dan bekas kekasih anda juga menemui kekasih yang lebih sesuai untuknya. ‘Forget dan forgive’ (kaedah yang saya dengar dari Iza, member sekupang dua saya) – anda perlu lupakan bekas kekasih anda dan perbuatannya yang mengecewakan anda, kemudian anda perlu memaafkan diri anda kerana membuat pilihan yang salah, memilih bekas kekasih anda sebagai insan yang dicintai serta maafkanlah bekas kekasih anda. Jangan berdendam. Jangan sesekali menyesali setiap yang berlaku, anggap segalanya takdir!

i_love_you_and_i_hate_you_800051

3) Sibukkan diri anda – Perbanyakkan aktiviti seharian; contohnya bekerja dari pagi hingga malam, pastu membaca, main game boy atau PS2 (kalau malam masih muda); berhibur dan bersosial dengan kawan-kawan seperti berkelah, berkaraoke, lepak di kedai mamak, ‘goreng’ gitar (walaupun bunyinya sumbang), menonton konsert Slam, Exist, Amuk, Dayang Norfaezah dan Mawi, tengok wayang dan teater; dan beriadah/bersukan seperti main futsal dengan jiran, main boling dengan rakan sepejabat, berjoging dan menunggang kuda di Taman Tasik Titiwangsa (bayarlah weh! nothing free ma..)

busy  ist2_6540024-girl-play-on-the-guitar1  iz1410091

4) Buang ‘dia’ – sememangnya susah untuk lupakan orang yang dicintai dari ingatan. Tapi untuk memastikan jiwa dan perasaan anda kembali normal, anda perlu berusaha membuang bekas kekasih anda dari ingatan. Antara kaedah yang paling berkesan ialah asingkan tanda cinta – buang sahaja gambar atau benda-benda yang membuat anda terkenang akan ‘si dia’; jauhi ‘tempat jatuh yang dikenang’ – jangan singgah di semua lokasi yang selalu dituju oleh anda dan bekas kekasih masa bercinta dulu (sementara je… sehingga anda telah benar-benar melupakannya) seperti tempat berdating, restoran kegemaran dan tempat melepak anda berdua; hentikan aktiviti bersama – masa bercinta,  tentu banyak aktiviti yang anda lakukan bersama kekasih anda… kan? Contoh pergi memancing ikan, berkhemah di Ulu Yam, baca buku di Library UiTM, menyanyi di tangga Fakulti Masscomm dan melepak kat kedai makan di Seksyen 24 Shah Alam (hentikan semua aktiviti tu, sampai anda rasa yakin dan bersedia untuk buat buat perkara tersebut semula secara sendirian ataupun dengan teman-teman lain).

heart-moon2  singing20cartoon20couple1  cartoon20sad20manwoman-hula-hoop1

5) Guna taliah hayat – Jangan rungsingkan diri dengan masalah percintaan yang dah sampai pnghujung, buang masa anda saja.. cara berikut juga boleh membantu anda kurangkan tekanan akibat putus cinta dan dapat mudahkan anda lupakannya, pendengar yang setia – carilah teman baik atau orang yang boleh anda percayai untuk dengar suara hati anda, mengadulah…, ceritakan semua kepadanya (tapi pilih orang yang bersesuaian – jangan ceritakan hal peribadi anda kepada Si Mulut Murai, habislah kisah anda jadi bualan nanti), ingat anda perlukan pendengar!; hiburan – anda boleh menonton filem-filem kelakar dan lagu-lagu ‘orang putus cinta yang bangkit semula’ untuk kuatkan semangat anda untuk lalui saat genting akibat putus cinta, contohnya tonton Pendekar Bujang Lapok atau Nujum Pak Belalang, Ahmad Albab pun boleh, anda juga boleh mendengar lagu I Will Survive atau lagu Karma nyanyian kumpulan Coklat… dengar beribu kali pun tak mengapa! tentu perasaan anda akan lebih baik

best_friends_tn1xbhkax2

Cubalah… Insya-Allah berjaya! Jangan biarkan hidup anda diselubungi CINTA HAMPEH! Rawat jiwa anda segera… Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk anda oleh SHIDA
images2

Advertisements

2 thoughts on “tips@top : Lupakan Cinta & Kekasihmu

  1. Pingback: tips@top : Atasi Kecelaruan Emosi | shi & kisahnya...

  2. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s