DARI KERANA MATA…AKU TERGODA, TERKECEWA!

Siapa tahu lagu ni…

“Dari kerana mata,  yang mempunyai kuasa… Oh aku tergoda, aku tergoda, terkecewa… dari kerana mata…” R. Azmi

Cerita pasai tergoda kerana MATA ni… ketika sedang menbelek-belek gambar yang mahu dimuat naikkan dalam post sebelumnya, saya terjumpa satu file JPEG gambar ‘mamat cina’ yang handsome! Siapa dia?

Puas fikir baru saya teringat, itulah mamat yang menjual laptop di Low Yat. Yalah! dialah orangnya. Adik bongsu saya berjaya dipujuk oleh ‘mamat cina’ yang sebenarnya Melayu, tu sampai akhirnya sanggup beli laptop Dell Inspiron 2003 bersama printer jenis Canon dengan harga RM2700.00. Fuh! Mahal siot! Dan masa dengar mamat tu mengayat adik dan Kak Yong, sempat jugalah saya snap gambar dia…

06-09-08_142245

Bukanlah handsome manapun… tapi yang tak handsome mana tulah yang berjaya memikat hati si poyo adik saya! Yang pasti ketika sedang bayar RM2700.00, datanglah seorang pompuan yang peluk mamat ni dari belakang. Sahlah girlfriend dia. Padan muka adik aku!

Cerita pasai tergoda kerana MATA lagi… baru-baru ini office saya buat sesi temuduga untuk mencari PRO, ganti Hidayat yang dah ditugaskan ke Unit Penerbitan. Dalam 5 orang calon tu adalah seorang calon yang pernah saya baca resumenya.. tak ingat namanya, tapi kenal sangat wajahnya dari gambar yang ditampal pada resume. Handsome, ala-ala korea punya film star. Well, itupun kerana MATA! 

Tapi, bila saya jumpa sendiri mamat ni (saja je, buat-buat lalu di laluan lif – tempat calon temuduga menunggu)…aisey man, HAMPEH! Taklah handsome mana. Mesti tach-up gambar ni…

Masa bersembang dengan kakak-kakak office, sempat jugaklah dengar mereka berborak tentang mamat tu… ‘ridwan jambu’ nama yang diorang beri kepada mamat tu, pastu terasa pulaklah Ridwan Jaafar (IT person kat office saya). Katanyanya… “yelah dah ada Ridwan Jambu, tak ingat dah kat Ridwan Durian…”

Itulah kuasa MATA, sekelip mata je MATA buat kita TERGODA, dan sekelip MATA juga MATA buat kita TERKECEWA… dari kerana MATA 🙂

 Ok lah Ridwan, you nak DURIAN ke, CIKU ke, MANGGIS ke… ameklah. HONEY DEW pun boleh. Asalkan bukan Ridzuan Langsat masam, sebab yang tu dah tak boleh pakai!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s