SERONOK MENGISI KANDUNGAN LAMAN WEB BARU

Alkisahnya, ITNM (syarikat tempat saya bekerja) akan mengaktifkan laman web baru yang lebih segar dari sudut design dan kandungannya. Saya dan Ridwan (IT person ITNM) diberi sehingga khamis untuk menyiapkan kerja-kerja me’muat naik’kan kandungan laman web. Dengan masalah teknikal pada Content Management System (CMS) laman tersebut, kami berdua terpaksa berkerja lebih sukar daripada yang difikirkan. Alahai… apalah nasib!

Ketika ini pun, saya masih menanti Ridwan menyelesaikan masalah saiz paparan imej buku dan keratan akhbar yang asyik berubah-ubah. Yang pasti, Ridwan dah nampak ‘toyo’ sebab terpaksa memikirkan  solution untuk satu demi satu masalah yang saya temui pada laman itu. Termasuklah hal-hal formating, susun atur  dan kejelasan paparan. Sian dia! Tapi untuk menghasilkan yang ‘terbaik’ bagi paparan pertama kalinya kepada Encik Mohd Khair, terpaksalah berkorban… Mungkin malam ini saya terpaksa berkampung  dua atau tiga jamdi pejabat, macam semalam. Dah seminggu saya tidak sesibuk ini…

Apapun, penggunaan CMS untuk laman web baru ITNM memudahkan urusan muat turun dan muat naik imej  mahupun maklumat. Ia semudah menggunakan tamplate blog. Jika saya dan Ridwan dilatih lebih awal menggunakan CMS laman web, tentu kami tidak perlu bersengkang mata menyelesaikan proses muat naik kandungan, kerana ianya boleh dibuat dari dahulu lagi… Percaturan syarikat penyedia laman web mungkin kurang tepat apabila memberikan latihan tersebut lewat daripada sepatutnya.

Bimbang juga, jika tidak sempat menyiapkan kandungan laman web. Lebih merisaukan kandungan bahasa Inggeris belum lagi disentuh memandangkan Ridwan masih tidak ada ‘jalan’ untuk muat naik kandungan  untuk bahagian bahasa Inggeris. Tambah sukar bila pegawai daripada syarikat penyedia laman web tidak menjawab panggilan telefon Ridwan bagi menjelaskan kekeliruan kami mahupun memberi jawapan untuk setiap masalah yang kami utarakan.

Harap semuanya berjalan lancar esok. Semoga Encik Mohd Khair dan Encik Razin puas hati dengan apa yang kami usahakan. Mudah-mudahan kami tidak terkena tempias kemarahan sesiapa esok… 🙂 ITNM akan secara rasminya menggunakan laman web baru iaitu http://www.itnm.com.my pada Jumaat, 7 Oktober 2008.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s