ITNM SERTAI FRANKFURT BOOK FAIR 2008

Bermula dengan pengalaman mengadakan lawatan kerja ke Frankfurt Book Fair pada tahun 2004 dan 2006, ITNM seterusnya telah mengatur langkah untuk mengetuai delegasi Malaysia bagi menjayakan Frankfurt Book Fair 2008 yang telah berlangsung pada 15 hingga 19 Oktober 2008. Langkah ITNM ini telah berjaya membina persepsi baru terhadap kehadiran delegasi Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya.

 

Frankfurt Book Fair adalah pesta buku antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun di Frankfurt, Jerman. Acara ini dikunjungi oleh lebih dari 280,000 pengunjung setiap hari dari seluruh dunia. Ia juga disertai  penerbit buku dari lebih 100 negara yang mempamerkan penerbitan terbaik mereka untuk diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Acara yang berlangsung selama lima hari ini, terbukti menjadi platform terbaik bagi semua penerbit dunia untuk membina rangkaian bagi tujuan kerjasama perniagaan.

 

Untuk membawa misi negara, ITNM terlebih dahulu telah mengadakan perjanjian penerbitan antara Dato’ Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Dato’Lat dengan Goethe Institute-Malaysia dan Horleman Verlag, rakan penerbitan ITNM di Jerman untuk membawa sebuah karya komik popular negara, Kampung Boy ke Jerman. Seterusnya Kampung Boy edisi bahasa Jerman  telah diperkenal dan dilancarkan di Frankfurt Book Fair 2008. Selain Kampung Boy, ITNM juga turut menerbitkan Hawa dengan kerjasama Horleman Verlag yang juga berjaya dilancarkan di Frankfurt Book Fair 2008.

 

Sebagai membantu industri buku Malaysia, ITNM telah membawa buku-buku terbaik terbitan penerbit tempatan, termasuk buku-buku yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara dan pemenang S.E.A. Write Awards (Malaysia) untuk dipamerkan di Frankfurt Book Fair 2008. Malah ITNM juga telah menghasilkan Katalog Malaysia ke Frankfurt Book Fair 2008; “The Malaysian Story: told Through Our Books” yang mengandungi 125 sinopsis dan muka depan buku untuk diedarkan sepanjang menyertai pesta buku tersebut. Katalog berkenaan telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 23 September 2008.  Seterusnya, ITNM di sepanjang Frankfurt Book Fair 2008 berlangsung bertindak sebagai ejen promosi bagi menarik minat mana-mana syarikat penerbitan antarabangsa yang berhasrat mendapatkan hak cipta yang membabitkan buku-buku Malaysia yang diperkenalkan menerusi katalog tersebut.

 

Dengan mengetengahkan konsep ‘warung kopi’ sebagai idea utama, gerai pameran ITNM sarat mendapat perhatian pengunjung Frankfurt Book Fair 2008. Konsep Malaysiana juga berjaya ditampilkan menerusi pilihan buku-buku yang dipamerkan. Malah persembahan pertama kali ITNM di Frankfurt Book Fair  ini berjaya menonjolkan gaya hidup masyarakat Malaysia yang harmoni dan membawa kepada warisan budaya masyarakat Malaysia. Justeru, sepanjang lima hari Frankfurt Book Fair 2008 berlangsung, ITNM tidak putus-putus menerima kunjungan pengunjung. Malah ITNM juga turut menerima pujian dari pelbagai pihak dalam penyertaan sulung di pesta buku antarabangsa ini.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, biarpun penyertaan ITNM dalam Frankfurt Book Fair 2008 ini berjaya mencapai misi dan visinya, namun ia tidak membuatkan ITNM berasa selesa dan berdiam setakat ini. Malah ITNM akan terus berusaha untuk menghasilkan impak terbaik dalam setiap penyertaan dalam Frankfurt Book Fair untuk tahun-tahun berikutnya bagi membantu membangunkan industri buku negara ke peringkat antarabangsa. 

Artikel ditulis untuk Buletin KPM (masih belum diedit oleh Boss)

p/s: Maaflah tak dapat siarkan gambar kerana masalah untuk dimuat naik ke halaman ini. Akan siarkannya sebaik saya dapat solution untuk buat muat naik dengan mudah…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s