DOKUMEN DAN PERJANJIAN LAMA MALAYSIA

 

 

Buku terbaru terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia adalah merupakan sebuah bahan rujukan mengenai sejarah negara yang dihasilkan dari himpunan segala perjanjian lama Tanah Melayu sejak tahun 1791 hingga 1995. Buku ini merupakan penerbitan seumpamanya yang pertama di Malaysia dan yang keempat bagi seluruh dunia.

 

Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia ini dihasilkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia dengan bantuan Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dan Profesor Madya Shakila Yacob. ITNM telah menterjemah kesemua dokumen dan perjanjian dalam buku ini yang dulunya menjadi rahsia dan tidak pernah dibuka untuk bacaan mana-mana pihak selain yang dibenarkan oleh kerajaan.

 

Buku yang diterbitkan secara dwibahasa ini merupakan sebuah bahan khazanah negara yang patut dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia. Ia mengandungi bukti pemilikan Tanah Melayu sebagai hak masyarakat Melayu serta usaha pemerintah pada zaman itu membina negara atas dasar perpaduan yang  seharusnya dijadikan iktibar serta rujukan oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Tajuk               :           Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791 – 1965    

ISBN               :           978 983 068 305 8

Tahun terbitan:           2008 

Harga             :           RM130.00 (kulit keras)

RM55.00 (kulit lembut)

 

 

Advertisements

One thought on “DOKUMEN DAN PERJANJIAN LAMA MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s