SALAM SAYANG

Lama dah saya tak menulis di laman ini. Sejujurnya, saya terlupa mengendalikan laman ini sejak kiriman terakhir saya Ogos atau September lalu. Terlalu sibuk dengan hal-hal kerja hingga terlupa mengupdatekan laman ini. Ade ke patut?

Apapun, beberapa bulan yang berlalu ini berakhir dengan banyak cerita manis dan gembira. Pertengahan September lalu, saya menerima berita gembira dari Encik Razin, second man di ITNM bila pihak pengurusan bersetuju menyerap saya sebagai staf tetap. Alhamdulillah, syukur pada tuhan. Tak sia-sia penantian selama hampir dua tahun di ITNM.

Sebelum cuti Hari Raya MD ITNM, Encik Mohd Khair juga mengumumkan mengenai pelarasan gaji. Walaupun saya sebenarnya tidaklah begitu jelas, tapi yang pasti hampir seluruh kakitangan ITNM gembira dengan pengumunan tersebut. Saya sendiri menerima tunggakan gaji berserta kenaikan yang dikira dari bulan Januari. Alhamdullillah, rezeki dari tuhan. Mungkin rezeki adik-adik!

Sebut pasal adik-adik… kedua-dua adik saya, Azie dan Nurul berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Azie ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu dan Nurul pula melanjutkan pelajaran dalam bidang Muamalat ‘Islamic banking‘. Tahniah untuk kedua-duanya.

Ketika bercuti raya saya sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa semua kakitangan ITNM diberi bonus, kecuali bagi yang berkerja di ITNM kurang dari setahun… Alamak Boss, sian dier! Alhamdullillah, kali ini rezeki mak dan abah pulak. Sempat juga saya berbelanja untuk mereka.

Satu demi satu berita baik yang mengembirakan tiba-tiba dikurniakan tuhan. Kenapa? Mungkin kerana sabar. Teringat kata-kata akak HR saya, setiap kesabaran ada balasannya. Mungkin inilah kuirniaan dari kesabaran yang lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s