HARI-HARI TERAKHIR BERGELAR STAF KONTRAK…

Alhamdulillah selepas 22 bulan atau setahun sepuluh bulan bekerja di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), akhirnya saya boleh menarik nafas lega sambil menghitung hari untuk menamatkan status staf kontrak di ITNM. Sepatutnya saya hanya akan berstatus tetap selepas dua tahun bekerja dengan label kontrak… namun atas usaha pihak pengurusan dan perubahan baru yang dibuat memberikan status tetap dua bulan lebih awal kepada saya. Staf baru lebih beruntung kerana tidak perlu menanti selama 22 bulan untuk berstatus tetap. Tapi itu semua rezeki dari tuhan, cepat atau lambat Dia yang menentukan. Terima jelah!

Seronoknya...!

Seronoknya...!

Apapun, bekerja di ITNM memberi banyak kepuasan, pelajaran dan pengalaman kepada saya. Tak pernah pun terdetik dihati saya, rasa menyesal bekerja disini. Bak kata mentor saya Cik Siti Aminah, “inilah tempat terbaik untuk belajar…”. Jadi, biarlah saya menuntut dulu…:)

Kalau boleh saya berterima kasih, saya mahu sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua akak-akak ITNM (tak perlu sebutkan nama, diorang ni pemalu..!) yang selalu support saya dari belakang. Saya tahu kengkadang mereka juga backing saya bila sesuatu terjadi. Juga kepada member sekupang dua (diorang ni pun pemalu jugak..) yang selalu membantu. Thanks a lot!. Sayang u all sumer! Akhir sekali kepada bossku, Dayat dan ekonku… kerana sentiasa memberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s