tips@top : Dia Bukan Pilihanku

Tidak pasti untuk menamatkan perhubungan anda dengan si dia. Berikut disenaraikan 10 sebab mengapa si dia harus ditinggalkan (sekiranya hati anda berat untuk menerimanya):

1. Si dia terlalu mengambil berat – Kadang kala perhatian yang diberikan adalah ditahap melampau sehingga diri terasa seperti diekori serta gerak geri diawasi. Anda akan berasa terkongkong dan tidak bebas.

2. Si dia telah menyediakan rancangan hidup – Rancangan yang menarik dan indah itu hanya untuk dirinya dan mahukan anda mencipta bahagia bersamanya. Mimpi indah itu mungkin sekadar angan-angan si dia. Anda sendiri tentunya punyai impian yang telah dan sedang diusahakan. Anda perlu yakin bahawa impian anda akan tercapai dan mungkin tidak pernah terlintas difikiran anda untuk berkongsi impian itu dengan si dia.

3. Pegangan agama yang sering dijadikan alasan – Mungkin ada dilangan wanita yang tidak menyukai si dia yang menggunakan agama sebagai alasan untuk menunjukkan personalitinya yang kononnya suci dan murni. Ayat yang mungkin sering diucapkan si dia untuk menyelamatkan diri, “tak gunalah saya sembahyang kalau saya nak buat benda tak baik…”. Logiknya, Pak Imam pun akan runtuh imannya kerana nafsu dan hasutan syaitan. Inikan pula manusia yang kurang ilmu agama ditambah pula dengan kekuatan imam yang hanya setebal kulit bawang.

4. Si dia angkuh dan gemar berlagak – Biarpun adakalanya si dia tidak bermaksud berbuat demikian, namun setiap kali bercerita si dia hanya menceritakan kebaikan, kekuatan, kebolehan dan kehebatannya sahaja. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Anda seharusnya hanya mempercayai 10% dari ceritanya dan jangan sesekali mendengar 1,000 penipuannya yang akan menjadi sejuta sesalan anda di hari muka.

5. Perbualan tidak menarik – Si dia gemar menampilkan sikap romantis dengan bercakap lembut dan menggunakan bahasa-bahasa merayu. Topik perbualannya juga tidak menarik, contohnya rancangan masa hadapan, perancangan berumah tangga dan kehidupan selepas berumah tangga selain hal-hal kerjayanya. Membosankan. Ini menunjukkan si dia kurang maklumat dan tidak mengambil tahu tentang isu-isu semasa. Tak baca surat khabarlah tu… Anda akan hidup dalam kebosanan sekiranya terus bersama si dia.

6. Suka membuat sesuatu yang merugikan diri sendiri – Anda terkeliru dengan niat baik si dia yang gemar membuat kejutan. Antaranya menjemput anda pulang dari pejabat dengan teksi dan menanti anda pulang ke rumah dalam kereta selama berjam-jam. Perbuatan itu bukan sahaja boleh mencetuskan cerita sensasi di kawasan perumahan anda, tetapi juga akan memalukan saya dihadapan teman-teman sepejabat. Tindakan si dia ini yang kononnya menunjukkan keikhlasannya, sebenarnya memberi tanda agar anda berfikir 1,000 kali sebelum menerima lelaki yang tidak berfikir panjang ini.

7. Gemar mengambil kesempatan – selepas beberapa kali keluar bersama, si dia mula menunjukkan belang dengan cuba menyentuh tangan dan memeluk pinggang anda. Perbuatan ini melampaui batas dan seterusnya melanggar kata-katanya, “tak gunalah saya sembahyang kalau saya nak buat benda tak baik… “. Belum lagi melangkah ke stage kedua si dia telah berani melangkah ke stage ke empat. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa. Reject! 

8. Ayat-ayat cinta bercerita – Setiap kali berbual, si dia sering bertanya untuk mendapatkan kepastian sama ada anda merinduinya, menyayanginya atau mencintainya. Biarpun telah berkali-kali dimaklumkan bahawa anda tidak mempunyai perasaan sedemikian terhadapnya, namun si dia masih tidak serik-serik bertanya. Itu yang membuat perasaan marah membuak-buak, bila si dia sengaja bertindak seakan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan. Tak pahe-pahe… nate berok sunggoh!

9. Perangai tidak sopan – Tindakan si dia yang gemar membelek dan membaca SMS anda menunjukkan bahawa si dia tidak menghiraukan hak peribadi anda dan sentiasa ingin mengambil tahu perkara peribadi anda. Tindakannya memarahi dan mencaci pemandu lain dijalan raya pula, membuktikan bahawa si dia bukanlah seorang penyabar, sebaliknya panas baran dan boleh bertindak di luar kawalan tanpa diduga. Berhati-hati…!

10. Kelemahan fizikal – Penampilan dan perwatakan si dia kurang menarik. berkemungkinan tidak sesuai dengan taste anda. Contohnya, si dia yang gemar merokok dan nafas berbau. Sangat melemaskan! Biarpun si dia tampil kemas, namun mungkin tidak menepati ciri-ciri lelaki idaman anda seperti bermisai atau janggut serta tidak menggunakan minyak rambut… jadi rambut mengerbang dan serabai!

Apa pun baik atau buruk pilihan itu bergantung kepada anda. Menurut kata En. Zul, Pensyarah Fundamental Management saya di Universiti Teknologi MARA (UITM) dahulu, “Perempuan berhak memilih selagi di belum dimiliki…” Jadi pilihlah si dia yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Sesuatu yang ditakdirkan tuhan pasti akan berlaku cuma cepat atau lambat masa menentukannya. Redha kepada takdir dan ketentuan tuhan juga adalah tanggungjawab kita sebagai muslim. Fikir-fikirkan dan selamat bercinta…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s