LETIH KERJA!?

 

Sejak akhir ini, saya mula rasa malas bekerja. Mungkin kerana terlalu letih, jemu atau tension ditempat kerja. Mungkin juga hal ini ada kaitan dengan tekanan. Jika disentuh tekanan, secara umumnya tekanan membawa maksud ketidakselesaan tubuh badan dan minda.

 

Menurut McGrath (1974), tekanan didefinisikan dalam bentuk toleransi yang menyatakan bahawa persekitaran tekanan boleh dianggap berada di luar batasan toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan rangsangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat tertinggi. Kesimpulannya sesuatu tekanan pada seseorang berkemungkinan menjadi cabaran dan keseronokan kepada seseorang yang lain.

  

Tekanan Dan Pekerjaan

 

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

 

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

 

PUNCA-PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA

 

Jenis Pekerjaan

  • Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara  pengendalian kerja.

 

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

  • Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

 

Perhubungan

  • Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

 

Kerjaya

  • Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

 

Perubahan Dalam Organisasi

  • Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

  

7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

 

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
  • Merasa seronok bekerja

 

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik

  

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar

 

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur

 

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

 

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

 

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

 

Tekanan adalah sindrom awal yang membawa kepada masalah mental. Saya pun risau dan bimbang jika perkara itu terjadi. Adakalanya ‘kita’ lebih suka bersikap berdiam diri dari merujuk kepada pihak yang dapat membantu. Tulah pasal! Ada yang malu nak beritahu kisah kemurungan dan tekanannya kepada kawan mahupun rakan sekerja dan ambil mudah bahawa ia boleh diselesaikan sendiri. Hakikatnya, manusia perlukan masa untuk bertenang dan mencari kelegaan sendiri. Jadi kongsilah dengan orang yang boleh dipercayai supaya kita tenteramkan jiwa. Berhenti bekerja (sekejap) rehatkan sikit otak tu, releks dan mulakan semula dengan langkah baru selepas kita mampu menarik nafas lega.

 

MANGSA TEKANAN?

 

Tanda-tanda tekanan

  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang – tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mabuk arak
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s