JANGAN BILANG TIDAK (JBT) UNTUK KESALAHAN NAMA

 

Ini adalah antara teguran terawal dari Boss saya ketika dia mula-mula menyemak kerja saya. Masa saya ditegur, saya rasa bengang giler… saya tak pernah terfikirpun, saya akan buat mistake macam tu… Rasa macam stupid sekejap! Apapun, dari teguran itu, saya harap saya akan lebih teliti agar tak ulanginya lagi… Wish me luck everyone! 🙂

 

Nama adalah benda yang paling simple. Sampai kita kadang-kadang tak perasan yang kita akan buat mistake ketika membuat ayat yang mengandungi nama.

 

Nama sesuatu badan atau agensi biasanya ada singkatannya contoh: Institut Terjemahan Negara Malaysia, singkatannya ITNM.

 

Kesalahan bodoh yang selalu dibuat… bukan oleh orang bodoh, tapi oleh orang yang cuai dan terlupa ialah menggunakan singkatan tanpa meletakkan nama asal atau nama panjangnya.

 

Ringkasnya macam nilah… Bagi singkatan seperti ITNM, PERKIM dan KPM, ia perlu dimulakan dengan nama penuhnya atau nama panjangnya dahulu. Kemudian, pada ayat berikutnya penggunaan perkataan singkatan dibenarkan. Nak guna berjuta kalipun takpa

 

CONTOH:

a)     Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

b)     Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

 

 

CONTOH YANG LEBIH JELAS:

a)   Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mempunyai ramai pekerja yang comel dan periang. Antara pekerja ITNM yang comel dan periang termasuklah Shida dan Hidayat. Sifat comel dan periang mereka, telah membawa kepada suasana kerja yang menyeronokkan dan meriah di pejabat.

b)   Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah memohon sumbangan dari Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk membiayai pergerakan dan aktiviti dakwah mereka menerusi pembelian iklan pada majalah yang diterbitkan oleh PERKIM. ITNM yang melihat perkara tersebut sebagai  tanggungjawab sosial bersetuju membiayai iklan pada harga RM5,000.00 (RM: Lima Ribu Sahaja).

 

Sebuah kesalahan, seribu pengajaran! jadi jangan takut membuat kesalahan 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s