NOMBOR… MACAM MANA NAK TULIS NOMBOR?

 

Adakalanya saya sendiri susah nak menulis sesuatu yang melibatkan nombor. Contoh, nombor bagi jumlah atau kuantiti, nombor untuk duit dan nilai mata wang, nombor sebagai bilangan perkara dan macam-macam lagi.

 

Jadi, berikut adalah beberapa kemestian setiap kali menulis sesuatu yang berkaitan nombor:

 

Bagi nombor, sila pastikan:

 

 

1. Pengunaan tanda baca koma (,) pada nilai ribu, puluh ribu,ratus ribu, juta dan nilai sen (.00) dibahagian belakang.

 

Contoh:                         RM1,000.00

RM10,000.00

RM100,000.00

RM1,000,000.00 

 

2. Gunakan ejaan biasa untuk angka dari satu hingga sembilan (syarat kurang dari sepuluh).

a) Salah: Zini membeli 2 ekor ‘ikan hodoh’ sebagai hidangan makan malamnya bersama keluarga.

b) Betul: Zini membeli dua ekor ikan hodoh sebagai hidangan makan malamnya bersama keluarga.

 

3. Seelok-eloknya, elakkan dari menggunakan nombor sebagai perkataan awal dalam sebaris ayat.

Contoh: Satu kejadian aneh telah terjadi kepada Khai apabila beliau telah ditumbuhi gigi susu baru digusi bahagian hadapan minggu lalu.

 

Sekian, untuk sesi pembelajaran kali ini. Selamat membetulkan kesilapan (pesanan kepada diri sendiri :))

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s