JEALOUSNYA… NAK BUAT BLOG?

Demam semalam masih belum kebah sepenuhnya. Rasa macam nak balik awal, tapi saya masih lagi perlu tunggu makanan yang dipesan (pesan food dekat Dayat). Sambil-sambil baca Berita Harian On-line sempat jugak melawat blog peribadi kawan-kawan. Cemburu pulak tengok blog Enchelah yang makin banyak kandungannya. Rajinnya dia… 

Kadang-kadang terfikir jugak saya, mana datangnya idea yang tak henti-henti untuk mencoretkan sesuatu pada blog. Saya sendiri selalunya kering kontang  kepala hotak i, tak tahu apa yang nak diisikan untuk penuhi blog… Tapi ini bukan masalah saya seorang, ramai lagi yang menghadapi masalah ini. Itu yang banyak blog peribadi terbengkalai.

Saya jugak sempat tinjau blog Boss saya… dah agak dah! Tak da post baru yang dihantar, terawal dan terakhir adalah yang dihantar sabtu lalu. Tapi tak boleh dibandingkan dengan situasi saya… Boss i tu sibuk memanjang, takda masa nak post artikel baru… (Sowy Boss, bukan nak kutuk U). 🙂

Mengikut artikel yang saya baca beberapa bulan lalu, sejak kewujudan blog ianya telah mendapat perhatian seluruh dunia. Justeru sehingga ke hari ini statistik menunjukkan setiap empat minit satu blog baru dibina. Jadi, boleh bayangkan banyak mana blog yang dah wujud? Bayangkan jugak banyak mana blog yang dah terabai? Serta banyak mana blog yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Oleh kerana saya rasa kewujudan blog adalah sesuatu yang bagus (boleh merapu tanpa sekatan) kerana ia adalah medium penyampai maklumat yang interaktif, saya berhasrat untuk kongsikan cara mudah membina blog peribadi. Saya akan ceritakan dalam post saya yang seterusnya… Insya-Allah jika diizinkan tuhan, tapi tak janji tau! 🙂

Cerita pasal blog, ada juga penulis blog yang menjadi kaya raya kerana bahan yang dipublished dalam blognya diguna pakai sebagai novel. Wah, untung betul penulis blog. Artikel dalam blog juga boleh diterbitkan sebagai buku. Manalah tahu… kalau Boss saya berkongsi pengalamannya dalam bidang Perhubungan Awam (PR), dan ada yang berminat menerbitkannya… bolehlah buat duit. Tapi itu kalau bahan dia menarik sangat-sangatlah. (Sowy Boss! bukan nak kutuk U lagi..)

Cerita dukanya pulak, ada jugak yang sengsara kerana blog. Ini bagi mereka-mereka yang hard core menggunakan blog sebagai medium menyampaikan maklumat songsang, anti kerajaan, fitnah dan pertuduhan. Mereka ini selalunya ada kepentingan dengan gerakan atau kumpulan-kumpulan tertentu. Itu yang menyebabkan kandungan dalam laman web mereka dipersoalkan. sampai yang dibicarakan di mahkamah pun ada. Siapa yang susah, pengendali blog peribadi tulah…

Apapun, sendri mau ingatlah! Nak bina blog ni mudah, cuma nak memastikan kesinambungan hayatnya dengan ber’isi’ tu agak susah skit. Kenalah korbankan masa yang mahal tu. Pasal kandungannya pulak, tepuk dada tanya selera. Macam kata Enchelah, tak perlulah terpengaruh dengan blog sesiapa pun bila kita menulis dalam blog, yang penting kita menulis sesuatu yang kita suka…  

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s