WIDOW OH WIDOW!

 

Widow atau janda adalah suatu kesalahan yang sering dilakukan dalam penulisan. Ia biasanya dibuat secara tak sengaja. Widow berlaku apabila sesuatu ayat dihabiskan hanya dengan satu perkataan dibarisan terbawah atau terakhir. Makna lainnya, sesuatu ayat yang ditamatkan pada baris terakhir dengan hanya satu atau dua perkataan.

 

Contoh:

  1. Megat menghabiskan masa terluang dengan melihat kambingnya dikandang pada sebelah petang
  2. Setiap pagi, Razin dan Rahmanyasin berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja  

* perkataan yang dibold adalah perkataan widow.

 

Huraian:

  1. Perkataan Widow pada ayat pertama adalah perkataan petang
  2. Perkataan Widow pada ayat kedua adalah perkataan kerja 

Bagi mengelakkan kewujudan perkataan Widow, beberapa kaedah berikut boleh digunakan:

1. Memanjangkan ayat

Menambahkan beberapa perkataan lain yang bersesuaian dalam makna ayat agar perktaan dalam baris terakhir ayat tersebut menjadi sekurang kurangnya tiga perkataan  

2. Memendekkan ayat

Membuang beberapa perkataan yang bersesuaian untuk menyingkatkan lagi ayat tersebut, sekali gus dapat menamatkan ayat tersebut tanpa perkataan Widow.

 

Contoh penggunaan kaedah mengelakkan perkataan widow: 

1. Memanjangkan ayat

a)   Megat menghabiskan masa terluang dengan melihat kambingnya dikandang pada sebelah petang sambil membawa rumput rampai

b)   Setiap pagi, Razin dan Rahmanyasin berkongsi kereta untuk ke tempat kerja di Wangsa Maju 

2. Memendekkan Ayat

a)     Megat melawat ternakannya dikandang pada sebelah petang

b)     Razin dan Rahmanyasin berkongsi kereta untuk ke pejabat

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s