KENALI SN DATO’ (DR.) USMAN AWANG

Gambar Allahyarham SN Dato\' (Dr.) Usman Awang

Gambar Allahyarham SN Dato (Dr.) Usman Awang

 Nama  :        SN Dato’ Usman bin Awang

                        Adi Jaya

Amir

Atma Jiwa

Manis

Pengarang Muda

Rose Murni

Setiabudi

Tongkat Warrant

U.A.

Zaini

 

Biodata:          Usman Awang dilahirkan di Kampung Tanjung, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 12 Julai 1929. Beliau mendapat pendidikan formal di Kuala Sedili (1936), di Mersing (1937), dan di Bandar Maharani Muar (1940) sehingga lulus Darjah VI. Usman Awang telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada tahun 1983.

Dalam kerjaya, Usman Awang pernah menjadi budak pejabat, polis Jepun (Botai), pengarang akhbar dan majalah. Manakala, ketika bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beliau bermula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya sebelum memegang jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada Julai 1985.

Dalam jagat kesusasteraan moden, Usman Awang lebih dikenali sebagai penyair dan dramatis yang membawa aliran romantisme dan realisme. Usman Awang pernah memakai nama pena seperti Tongkat Warrant, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Sehingga kini, Usman Awang telah menghasilkan lebih daripada 200 buah. puisi Antara sajaknya yang popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh” dan “Salam Benua.”

Selain puisi, genre drama turut mengharumkan namanya di persada sastera. Bidang ini telah diterokanya sejak awal tahun 1960-an dengan menulis drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang terkenal termasuklan “Serunai Malam”, “Malam Kemerdekaan”, “Tamu di Bukit Kenny”, “Matinya Seorang Pahlawan”, “Degup Jantungnya” dan “Muzika Uda dan Dara”. Drama ini telah dipentaskan oleh Gemaseni pada tahun 1972.

Dalam genre novel, Usman Awang hanya menulis sebuah novel sahaja, iaitu Tulang-tulang Berserakan. Namun beberapa buah karyanya telah berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechoslovakia, Danish, Tamil, Itali, dan Rusia

Usman Awang aktif melibatkan dirinya dalam banyak aktiviti persatuan penulis. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau merupakan salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni, dan banyak lagi aktiviti seni lainnya.

Sebagai penyair dan dramatis, Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina dan Rusia.

Kecemerlangan sumbangan beliau terhadap kesusasteraan Melayu diiktiraf menerusi pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A Write (1982), Anugerah Sastera Negara (1983), Anugerah Penyair Johor (1995), dan Seniman Agung (1999). Usman Awang meninggal dunia pada tanggal 29 November 2001.

 

Karya  :            Puisi

 

Gelombang, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 96. Diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979

Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 266

Duri dan Api, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 95

Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139

Sajak-sajak Melayu Baru/Moden Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, 1969 (cetakan keempat), 135, (cetakan pertama 1963)

Suara Tujuh, (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Setia Murni, 1969, 74

Kuala Lumpur  (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57

Titian Zaman (Peny. bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168

Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 168

Tinta PENA (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631

Salam Benua: Greetings to the Continent (dwibahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 95

Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302

Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75

100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn Bhd, 1984, 141

Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti sdn Bhd, 1986, 132

Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141

Kumpulan Puisi Malaysian/Malaysia Poetry (1975-1985) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167

Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941

Malaysia dalam Puisi (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 316

Puisi-puisi Pilihan Usman Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 192

Cempaka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 167

Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228

Cerita-cerita Pendek DBP, (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1958, 180

Mekar dan Segar, (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford United Press, 1960, 160, (cetakan kedua), 160, (cetakan pertama 1959)

Dua Zaman(antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 191

Degup Jantung, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1963, 158

Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn Bhd, 1984, 218

Dongeng Merdeka (antologi bersama) Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 339 

 

Novel

 

Tulang-tulang Berserakan, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 224 (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 221

 

Drama

 

Dari Bintang ke Bintang, Penerbitan Angkatan Baru, 1965, 163

Serunai Malam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 106

Tamu di Bukit Kenny, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, 133

Di Bawah Matahari, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn Bhd, 1969, 76

Tirai Zaman, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn Bhd,1969, 58

Kaki Langit, Kuala Lumpur: Asiah Enterprise, 1971, 112

Muzika Uda dan Dara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 64

Tinta PENA (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631

Di Atas Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn Bhd, 1984, 209

Hujan Malam (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1986, 109

Drama-drama Pilihan Usman Awang (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 331 

 

Esei/Kritikan

 

Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama A. Samad Said),  Kuala Lumpur: Penerbitan Faderal Berhad, 1963, 199

Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1973, 548

Panduan Menulis Cerpen (bersama Abu Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 49

Esei sastera ASAS 50 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216

Usman Awang: Sikap dan Pemikiran (disusun oleh Dinsman dan Sutung Umar Rs), Petaling Jaya: Penerbit Fajar bakti sdn bhd, 1983, 225

 

Wawancara

 

Wawancara Sastera (disusun  oleh A.M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367

Advertisements

One thought on “KENALI SN DATO’ (DR.) USMAN AWANG

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s