DEMAMLAH…

Saya demam hari ini. Kepala terasa berat sangat nak bangun pagi tadi. Selepas menggeletar semalaman di katil dan muntah beberapa kali… saya yakin, saya demam! Saya jarang sakit, sebab itulah saya tak pasti, saya ni betul-betul sakit atau saja nak mengada jer… Apapun kali ni saya memang sakit.

Lepas jumpa Dr. Yuli (kliniknya di Kampung Baru), saya dapat MC satu hari. Dr. Yuli nak bagi dua hari, tapi memandangkan workload  yang tengah melambak ni, saya ambil sehari saja. Boleh jer, kalau nak cuti… cuma kesiankan Dayat dan Boss siapkan semua preparation untuk Malam Seribu Bintang Dalam Kenangan… Usman Awang. Event tersebut dijadualkan berlangsung Sabtu, 12 Julai 2008. Itu yang banyak benda nak kena pulun.

Lepas ambil ubat di klinik, saya sempat tonton TV sambil rehat di rumah. Nak tidur pun tak senang, ada pulak gangguan bunyi dari jiran yang sedang buat renovation rumah. Cuti macam tak cuti… banyak dapat call, Jamsari printer sibuk tanya pasal bahan untuk buku program, Prof. Bukhari Lubis pulak tanya pasal status buku dia, Dayat pun asyik callsian dia.

Bila difikirkan semula semasa saya seorang di PR workstation ITNM,  memang tak menang tangan. Mana nak faks invitation kepada media, jawab call yang bertanyakan tentang event, dengan bantu buat itu ini lagi… macam-macam lagi! Akhirnya saya buat keputusan ke office, niat di hati nak bantu Dayat dan Boss. Tapi mungkin, saya akan terima amaran dari Unit HR, maklumlah datang ke office dengan seluar jeans… 

Alahai… teruja rasanya sebab ada member yang baik macam Dayat dan Boss yang caring giler. Boss, sejak semalam lagi hubungi saya, tanya sama ada saya dah ke klinik atau tidak, suruh makan ubat dan minta tidur cepat. Rasa macam bertuahlah pulak! Dalam garang-garang Zini, ada jugak lembutnya. Pastu, dapat SMS dari Eachah pulak. Dia sendiri tak sihat, tapi masih ingatkan saya. Thanks Eachah, semoga Tuhan berikan ‘rezeki’ baru untuk kau. Dayat boleh buat saya bersyukur sangat-sangat! Dahlah sanggup siapkan kerja saya, sanggup pulak tolong belikan makanan yang saya teringin nak makan pulak.

Ni yang tension kalau demam! Saya, setiap kali demam mesti teringin nak makan itu ini. Makan tak banyak, cuma nak rasa jer… Malam ini sambil kirimkan jemputan kepada media, rasa macam nak makan rojak buah yang tak pedas. Nasib baik Dayat memahami… sanggup pergi pasar malam dan carikan rojak buah untuk saya. Mungkin Dayat rasa bersalah sebab saya tolong dia fakskan invitation kepada media dalam demam-demam ni… Apapun, alahai bertuahnya badan! 🙂

Alhammdullillah… siap jugak faks invitation kepada media. Sekurang-kurangnya satu dari berpuluh kerja telah berjaya diselesaikan. Bakinya akan diusahakan esok hari… Good luck for myself!  🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s