CURI SIREH PENGANTIN

Beberapa bulan lalu, saya dan kengkawan telah menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan kami di Temerloh. Hasmin, salah seorang best friends kami masa di UiTM dulu. Selepas majlis konvo penghujung 2006 lalu, dah lebih setahun kami tak berjumpa. Tapi Hasmin@Min masih kekal macam Min yang kami kenal dulu… Ceria, suka mengusik dan kelakar. Apapun, kahwin jugak Min dengan Haniff (dulu boyfriend dia, kemudian jadi Xboyfriend dia, sekarang dah jadi suamilah pulak!). Itu lah yang Tuhan namakan JODOH.

Bukan nak citer pasal kahwin, jodoh atau wedding kawan saya ni, tapi nak bagitau pasal satu petua yang dinamakan CURI SIREH PENGANTIN. Sepanjang perjalanan nak ke rumah Min, kengkawan saya asyik bersembang tentang petua tu… kononnya dengan cara itu, perempuan yang mencuri sireh pengantin akan mudah bertemu jodoh dan dapatlah kahwin cepat.

No wonderlah kengkawan saya beria nak curi sireh pengantin dari rumah Min… Masing-masing dah risau sebab umur dah semakin meninggi. Seronok jugak saya dengar strategi kengkawan saya untuk laksanakan misi mendapatkan sireh pengantin, maklumlah mana ada experience nak curi-curi ni… Selalu, nak apa-apa mintak jer, kali ni kena curilah pulak.

Pantang larang untuk mencuri sireh pengantin ni ialah… jangan sampai pengantin perempuan tahu. Yalah, kalau dah tahu bukanlah mencuri namanya. Selain tu, sireh perlu diambil dari hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Selepas tu, sireh itu bolehlah disimpan atau dimakan. Kalau nak mujarab dan berkesan giler makan jelah.

Walaupun, kami berjaya mendapatkan sehelai daun sireh pengantin untuk setiap seorang, tapi kami masih tidak terdaya nak menjamahnya. Jadi kami buat keputusan untuk simpan sahaja sireh tu… Saya letakkan daun sireh itu dalami kereta. Sehari ke sehari daun sireh tu kian layu… Saya sendiri pun tak pasti  berkesan ke tidak petua mencuri Sireh Pengantin… Tapi bagi yang nak mencuba, silakan…!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s