BILA NAK MULA NI…?

Pagi ini saya sangat terpanggil untuk membaca tulisan Boss saya dalam blog peribadinya. Saya baru sahaja membantunya create blog tersebut Jumaat lalu. Tak sangka cepat pulak dia menulis. Lepas membaca tulisannya, saya pulak rasa tercabar…!

Saya sendiri telah ada beberapa blog peribadi yang akhirnya terbiar macam tu sahaja. Mungkin kerana saya jenisnya yang cepat jemu dan kekangan masa oleh tugas yang tak pernah habis. Masa rehatpun tak ada untuk tulis, apatah lagi nak melayan komen dari pelawat blog-blog saya tu… tapi sebab utamanya sebab tak ada bahan nak cerita.

Blog pertama saya buat masa baru tamat belajar, asalnya untuk kongsi gambar-gambar konvo saya dekat member-member yang rata-rata dah balik bekerja di kampung masing-masing. Pastu bila dah kerja, konon nak tukar pulak… nak gunakannya untuk jual kuih raya. Maklumlah time tu tengah bulan puasa… tapi yang beli Manager saya sorang jer… Dah tu saya stop.

Blog kedua saya, penuh dengan gambar-gambar menarik ‘kengkawan’ saya. Kawan di rumah, kawan kat UiTM dulu, kawan sekolah, kawan di pejabat dan gambar relative yang rapat. Blog itu pun menerima nasib yang sama dengan sebelumnya… Tak da masa nak uruskan. Tambah pulak, gambar yang nak diuploadkan perlu ditukarkan format terlebih dahulu, kerana gambar asal sangatlah besar (saiz MB). selalunya saya terpaksa tukarkan dulu menggunakan Publisher sebelum savekan gambar dalam format JPEG. Biasanya dengan kaedah itu, saiz gambar dapat dikecilkan (saiz KB). Dalam dua bulan jugaklah blog tu ‘hidup’.

Blog saya yang ketiga agak lama jugak beroperasi. Blog ni saya buat selepas terpengaruh dengan blog popular kendalian Raja Petra. Tapi, tidaklah sampai mengutuk kepimpinan negara. Tu dah berat tu… Saya juga ceritakan perkara menarik yang berlaku di pejabat. Saya bermula selepas diperkenalkan dengan Boss baru saya. Saya rasa dia unik dan ada personaliti yang mempersonakan (Jangan puji lebih-lebih, nanti dia perasan sebab dia ni berperasaan). Tapi lepas beberapa bulan, saya kembali tak aktif. Banyak kerja dan aktiviti lain sampai saya terlupa address blog, username dan password. Susah nak kesan semula, jadi saya stop!

Terakhir blog yang saya create adalah blog ini. Asalnya saya cuma nak tengok template WordPress untuk bantu Boss saya buat blog peribadinya. Yalah nak dijadikan contoh supaya dia boleh tahu macammana nak menggunakan blognya nanti. Since saya pun tak ada blog yang aktif lagi, jadi saya decide nak gunakan sahaja blog ini sebagai blog peribadi saya.

Apapun, selepas saya baca bolg Boss saya tadi, saya rasa, saya pun perlu serius menulis blog. Saya perlu luangkan masa untuk menulis dalam blog. Setidak-tidaknya ia kaedah terbaik menyampaikan rasa takpuas hati mahupun ceritakan kegembiraan kita kepada pembaca (kalau ada pembacalah). Kita juga boleh sampaikan ilmu menerusi blog…

Kebetulan minggu lalu, saya berjumpa dengan kawan lama yang kerja di CELCOM. Sempat jugaklah bertanya tentang broadband. Insya-Allah, bila terima notebook dari office nanti saya akan register broadband (termurah RM69.00), mudahlah untuk menulis blog (ambil masa sebelum tidur). Semoga saya benar-benar berjaya menjadi penulis blog yang aktif menulis.

Macam Big Boss (MD) saya selalu cakap, “tak da masalah, semuanya cabaran!”. Take it as a challenge! 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s